Baki Tanah Rizab Melayu di Kedah

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Sehingga Januari 2023, baki Tanah Rizab Melayu di Kedah ialah seluas 721,905,613 hektar.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bermula  tahun 1993 sehingga 19 Januari 2023, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu yang dicabut keluar adalah 4,751,369 hektar dan diganti semula seluas 5,160.034 hektar.  

- Advertisement -

“Keluasan asal Tanah Rizab Melayu  di Kedah pada 1933 mengikut warta Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) ialah 721,496.949 hektar.

“Daripada  jumlah 4,751.369 hektar yang dicabut keluar dari tahun 1993 hingga Januari 2023, seluas 5,160.034 hektar telah diganti balik,” jelas beliau melalui satu kenyataan, dalam media sosialnya hari ini. 

Sehubungan itu, kata Sanusi, angka berkenaan menunjukkan berlaku peningkatan keluasan kira-kira 408 hektar pada 2023 berbanding keluasan pada 1933.

Kenyataan tersebut membuktikan bahawa dakwaan kerajaan persekutuan terhadap Kedah kononnya  negeri yang paling banyak hilang Tanah Rizab Melayu adalah tidak benar. 

Dakwaan itu katanya juga, merupakan naratif yang sengaja dibuat untuk membina persepsi kononnya Kedah akan mengalami kerugian sekiranya mengekalkan PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

“Inilah keluasan yang direkodkan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG)Negeri Kedah. Inilah juga angka yang menjadi pegangan kerajaan negeri pada hari ini,” tegas beliaui. 

Kedah juga merupakan antara tiga negeri termasuk Kelantan dan Terengganu yang masih mengekalkan Tanah Rizab Melayu dalam jumlah keluasan paling besar di negara ini. – HARAKAHDAILY 3/4/2023

- Advertisement -