
ATHENS: Satu perhimpunan aman di ibu kota Greece di sini berhubung kemalangan kereta api yang menyebabkan sekurang-kurangnya 57 orang maut awal minggu lalu telah bertukar menjadi ganas.
Perhimpunan yang diadakan oleh tiga kesatuan yang mewakili pekerja kereta api di negara itu dan disertai oleh kesatuan sekerja utama PAME, parti politik bekas Menteri Kewangan, Yanis Varoufakis MeRA25; serta kumpulan lain dan parti kiri, pada Ahad (5 Feb), waktu tempatan, tersebut menghimpunkan ribuan orang yang berhimpun di tengah segi empat Syntagma, lapor EuroNews.
Semasa fasa aman perhimpunan itu, orang ramai melaungkan slogan dan membawa sepanduk mengutuk kerajaan dan dasar ekonomi mereka yang mereka katakan menyebabkan kemalangan tragis itu.
Sekumpulan, kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda berpakaian hitam dengan hoodie, kemudiannya mula membaling batu besar, dan melontar bom petrol ke arah polis dan jalan-jalan raya di lokasi kejadian.
Sebuah bas dan kenderaan pembinaan berat, serta banyak bekas sampah, sebahagiannya atau banyak rosak akibat musnah terbakat akibat dilontar bom petrol.
Apabila pasukan polis bertindak balas dengan pantas menggunakan bom lada, kumpulan orang ramai itu melarikan diri ke jalan-jalan sempit di kawasan berhampiran.
Sementara itu, Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis, di Facebook, berkata: “Sebagai perdana menteri, saya berhutang budi kepada semua orang, tetapi lebih-lebih lagi, saudara-mara mangsa, saya memohon maaf yang tidak terhingga.”
“Pada 2023 ini, tidak dapat dibayangkan bahawa dua kereta api bergerak masuk dari arah berbeza di landasan yang sama dan tiada siapa yang perasan. Kita tidak boleh, kita tidak mahu, dan kita tidak boleh berselindung di sebalik kesilapan manusia.”

Lebih daripada seorang suspek punca tragedi?
Dalam pada itu, seorang ketua stesen kereta api yang dituduh menyebabkan kemalangan kereta api paling maut di Greece telah didakwa atas tuduhan membunuh secara cuai dan dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan menjelang Khamis (9 Mac) ini.
Seorang majistret pemeriksa dan seorang pendakwa bersetuju pada Ahad (5 Mac) bahawa pelbagai pertuduhan pembunuhan serta pertuduhan menyebabkan kecederaan badan dan membahayakan keselamatan pengangkutan awam harus dikenakan terhadap pekerja kereta api terbabit.
Ketua stesen berusia 59 tahun itu didakwa mengarahkan kedua-dua tren yang bergerak dari arah bertentangan ke landasan yang sama. Dia menghabiskan 7 1/2 jam pada hari Ahad memberi keterangan tentang peristiwa yang membawa kepada nahas sebelum dia didakwa dan diarah ditahan.
“Anak guam saya memberi keterangan dengan jujur, tanpa takut jika berbuat demikian akan menjerumuskannya,” kata Stephanos Pantzartzidis, peguam suspek, kepada pemberita, sambil menambah bahawa keputusan (memenjarakan tertuduh) sudah dijangka, memandangkan kepentingan kes itu yang agak serius.
Pantzartzidis membayangkan bahawa wujud individu lain selain anak guamnyayang berkongsi kesalahan, mengatakan bahawa hakim harus menyiasat sama ada lebih daripada seorang ketua stesen sepatutnya bekerja di Larissa ketika tragedi pertembungan dua kereta api itu berlaku.
“Selama 20 minit, dia (suspek) menjaga keselamatan (kereta api) di seluruh Greece tengah,” kata peguam itu mengenai anak guamnya.

Suspek kejadian dijadikan ‘kambing hitam’?
Sementara, media Greek telah mendedahkan bahawa sistem isyarat automatik di kawasan nahas tidak berfungsi, menjadikan kesilapan ketua stesen adalah sesuatu yang nyata.
Jurulatih stesen di sepanjang bahagian laluan utama Greece berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan pemandu kereta api melalui radio dua hala, dan suis dikendalikan secara manual.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menjanjikan siasatan pantas mengenai tragedi itu dan berkata, Menteri Pengangkutan Greece yang baharu akan mengeluarkan pelan peningkatan keselamatan.
“Sebaik sahaja parlimen baharu diwujudkan, sebuah suruhanjaya juga akan dinamakan untuk menyiasat salah urus sistem kereta api negara selama berdekad-dekad,” kata Mitsotakis.
Dalam satu kenyataan awal Rabu (1 Mac) lalu, Mitsotakis berkata nahas itu berpunca daripada ‘kesilapan manusia yang tragis’.
Ia menyebabkan pihak parti pembangkang menyerang kenyataan itu, menuduh Mitsotakis cuba menutup peranan kepimpinan negara itu dan menjadikan ketua stesen yang tidak berpengalaman itu sebagai ‘kambing hitam’.

Syarikat kereta api tanggung banyak hutang
Kereta api Greece telah lama mengalami salah urus yang kronik, termasuk perbelanjaan mewah untuk projek yang akhirnya terbengkalai atau tertangguh dengan ketara, lapor media Greece dalam beberapa siri pendedahan.
Menurut laporan berita media tempatan lagi, susulan hutang syarikat kereta api negara, Hellenic Railways yang mencecah berbilion euro, kerja-kerja penyelenggaraan telah ditangguhkan.
Seorang pemimpin kesatuan kereta api bersara, Panayotis Paraskevopoulos, memberitahu akhbar Greek, Kathimerini bahawa sistem isyarat di kawasan yang dipantau oleh ketua stesen Larissa berkenaan sudah tidak berfungsi sejak enam tahun lalu dan tidak pernah dibaiki.
Hellenic Railways, juga dikenali sebagai OSE, telah menamakan ketua stesen itu sebagai suspek pada Sabtu (4 Mac), dalam satu pengumuman menggantung pemeriksa syarikat yang melantiknya.
Media Greece telah melaporkan bahawa ketua stesen itu, bekas kuli dengan syarikat kereta api berkenaan telah dipindahkan kerja ke Kementerian Pendidikan pada 2011, apabila pemiutang Greece menuntut pengurangan bilangan pekerja awam.
Namun, suspek kemudian dipindahkan semula ke syarikat kereta api pada pertengahan 2022 dan memulakan kursus selama lima bulan untuk berlatih sebagai ‘master‘ (ketua) stesen.
Selepas menamatkan kursus itu, dia ditugaskan di Larissa pada 23 Jan tahun ini, namun dia bagaimanapun menghabiskan bulan berikutnya dengan juga bertugas di stesen-stesen lain sebelum kembali ke Larissa pada akhir Feb, beberapa hari sebelum tragedi pelanggaran dua kereta api pada 28 Feb itu berlaku.
Minggu lalu pada malam Selasa (28 Feb) itu, sekurang-kurangnya 57 orang – kebanyakannya dalam lingkungan remaja dan 20-an, terbunuh apabila kereta api penumpang arah utara dan kereta api barang arah selatan bertembung di Tempi Valley berhampiran bandar Larissa, di tengah Greece. – HARAKAHDAILY 6/3/2023




















