Pelabuhan Tok Bali bakal pacu ekonomi Kelantan

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Pangkalan Bekalan Tok Bali atau Tok Bali Supply Base (TBSB) bakal menjadi sebuah pelabuhan yang berkembang maju suatu hari nanti sebagaimana pelabuhan Kemaman dan Labuan. 

Base Manager TBSB, Muhammad Fakhrezal Zainordin berkata TBSB yang berperanan sebagai hub pangkalan bekalan untuk kegiatan logistik hiliran dan huluan petroleum telah berjaya mendapat lesen daripada syarikat PETRONAS. 

Menurutnya di Malaysia hanya tiga buah syarikat sahaja yang berjaya mendapat lesen daripada Syarikat PETRONAS iaitu di Pelabuhan Tok Bali, Kemaman dan Labuan.  

Selain diwartakan sebagai tempat pendaratan yang sah daripada pihak KASTAM, perairan di Tok Bali juga telah diwartakan sebagai Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) bagi laluan laut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Perkara ini menjadi antara faktor utama TBSB berjaya menarik pemain unggul seperti Hess Exploration and Production Malaysia dan Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited,” katanya ketika ditemui semalam. 

Timbalan Exco Infrastruktur YB Abdul Rahman Yunus dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semerak YB Wan Hassan Wan Ibrahim turut sama dalam sesi lawatan itu.

Mereka berharap agar Perbadanan Tok Bali dapat diwujudkan bagi memfokuskan kemajuan yang berlaku di TBSB dan kawasan Tok Bali secara terancang serta dapat memacu perkembangan ekonomi rakyat setempat dan negeri. – UPKN

- Advertisement -
- Advertisement -