Poland: Ibu tujuh anak lahirkan bayi kembar lima

Pasangan Dominika dan Vince Clarke (foto kecil) gembira dengan kelahiran bayi kembar lima mereka. (FOTO: EPA)
- Advertisement -

WARSAW: Seorang wanita Poland yang sudah mempunyai tujuh orang anak selamat melahirkan bayi kembar lima.

- Advertisement -

Kembar tersebut – dua lelaki dan tiga perempuan  dilahirkan melalui pembedahan caesar pada Ahad, minggu ke-28 kehamilan, di Hospital Universiti di Krakow, di sini, lapor Global News CA.

Memiliki berat antara 710-1,400 gram, kelima-lima bayi kembar itu telah dimasukkan ke dalam inkubator dan diberi bantuan pernafasan, tetapi doktor berkata kesemua mereka berada dalam keadaan sihat, di sebalik kelahiran pramatang masing-masing.

Ibu kembar lima tersebut, Dominika Clarke, 37, dalam  sidang akhbar di Krakow  pada Selasa  berkata bahawa dia berasa ‘lebih sihat daripada yang dijangkakannya’.

“Jika anda sistematik, pendekatan yang tenang dan sikap yang positif, maka adalah mungkin untuk mempunyai kehidupan yang sangat menarik dengan sekumpulan besar kanak-kanak, kata Clarke.

Hasil perkongsian perkahwinan Clarke dan suaminya, Vince yang berbangsa Inggeris, pasangan itu sudahh mempunyai tujuh anak yang  berumur antara 10 bulan dan 12 tahun, dan termasuk dua pasang kembar. – HARAKAHDAILY 15/2/2023

- Advertisement -