B40, M40 menjadi semakin miskin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberikan perhatian serius terhadap usaha untuk mengurangkan jurang kadar kemiskinan di negara ini secara menyeluruh.

- Advertisement -

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddn Yassin, berkata kumpulan B40 dan M40 antara golongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Malah katanya, Laporan Global Economic Prospects yang diterbitkan pada bulan Januari 2023 oleh Bank Dunia mendapati kumpulan B40 menerima kesan kehilangan pendapatan paling ketara.

“Ini menunjukkan bahawa pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberikan kesan yang besar pada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Negara kita juga tidak terkecuali, kumpulan B40 bukan lagi kekal B40 tetapi telah pun meningkat kepada kadar 61 peratus dan ini bermakna kumpulan tersebut sebelum ini menjadi lebih miskin dan sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan M40 sebelum ini juga telah jatuh miskin,” katanya

Ujar Ahli Parlimen Pagoh itu, negara akan berdepan situasi yang lebih parah dan sukar untuk dipulihkan sekiranya kerajaan gagal menangani isu kemiskinan ini dengan baik.

“Sekiranya langkah-langkah segera tidak diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah kos sara hidup, membasmi kemiskiann dan menambah pendapatan rakyat, mesti juga ada program dan insentif khusus yang disediakan kerajaan unnuk menangani keadaan yang amat genting ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/2/23

- Advertisement -