Ahli Parlimen PH ‘keliru’ maksud madani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sidang Parlimen petang ini, dikejutkan apabila Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dari Parti Amanah Negara bertembung sesama sendiri bagi mengulas maksud madani.

- Advertisement -

Ketika Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad membahas Titah Diraja, tiba-tiba Ahli Parlimen Amanah dari Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah, menyifatkan ungkapan disebut Dzulkefly sukar untuk difahami.

Katanya, maksud madani perlu dipermudahkan bagi membolehkan orang ramai faham dan bukan dalam bahasa berbelit-belit.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor meminta Mohd Sany boleh berucap sendiri nanti dalam bahasa yang dianggap lebih mudah seperti dihasratnya.

Sebelum itu Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) menyaran kerajaan memperkasakan lagi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini.

Katanya, Malaysia masih lagi terkebelakang dalam bidang TVET berbanding negara maju seperti Jerman.

“Lepasan TVET di negara terbabit mudah mendapat tawaran kerja kerana terdapat syarikat besar seperti BMW dan Audi yang menawarkan pekerjaan kepada anak-anak muda yang ada kemahiran,” katanya ketika membahas Titah Diraja.

Menurutnya, bidang TVET begitu penting bagi menyediakan anak-anak yang kemahiran tinggi dalam bidang teknikal. – HARAKAHDAILY 15/2/23

- Advertisement -