PRU15: Mr Kong orang tengah kempen Ustazah Nuridah

Ustazah Nuridah (tengah) dan Kong Tuck Wah (belakang, tiga dari kiri) pada majlis minum petang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 13 Nov 2022.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lima hari menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov,  kempen yang diadakan calon-calon yang bertanding semakin hangat, tidak terkecuali calon P116 Wangsa Maju dari PAS yang bertanding atas tiket PERIKATAN NASIONAL (PN), Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

- Advertisement -

Beliau yang cukup dikenali dengan panggilan Kak Nuri berkat terharu dengan janji dan semangat daripada pengundi Cina di Wangsa Maju terhadap dirinya.

“Kami sokong calon No 5, Ustazah Nuridah! Ini janji dan semangat yang Kak Nuri dapat dari penduduk Wangsa Maju, Lee Kuan Cheng. Masha Allah..,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, Naib Ketua Dewan Himpunan PAS Pusat, Kong Tuck Wah atau Mr Kong, telah menjadi orang tengah dalam majlis minum petang bersama Kak Nuri di Wangsa Maju semalam.

“Terdapat lebih 36,000 penduduk bangsa Cina di Wangsa Maju. Mereka menyumbang dalam pembangunan setempat,

“Mr Kong telah memberikan penerangan kepada penduduk (Cina) di Wangsa Maju agar lebih memahami siapa sebenarnya PAS dan apa sumbangan kita pada seluruh rakyat, tak kira bangsa dan agama,” jelas Nuridah.

Katanya lagi, jelas dari wajah mereka keterujaan mendengar penjelasan dari Mr Kong. 

“Tak lupa Kak Nuri titip juga pesan dan iltizam, bahawa kita sentiasa tekad untuk membangunkan negara, menjaga kebajikan semua.

Dalam pada itu, beliau menyeru pengundi akan membuat pilihan yang tepat ketika mengundi menjelang 19 Nov dan mengundi awal pada esok, 15 Nov.

Ustazah Nuridah menyantuni seorang penduduk Cina di Wangsa Maju.

“Pernahkah kalian bayangkan Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang ‘zero rasuah’ ? Ayuh, jadikan impian ini sebuah kenyataan.

“Nyatakan kebersamaan anda dalam membangun negara tercinta ini bersama-sama pada 19 November ini,” katanya.

Berdasarkan rekod SPR, Wangsa Maju yang mempunyai seramai 120,292 pengundi berdaftar bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru itu antara Nuridah dengan lima calon lain –  bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Warisan), Norzaila Arifin (Pejuang), Zahir Hassan (PKR), Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah (BN) dan Raveen Suntheralingam (Bebas). – HARAKAHDAILY 14/11/2022

- Advertisement -