Masa depan rakyat bukan di tangan perompak, perasuah! – Azmin

Azmin Ali dalam acara Himpunan Rakyat PN BEST Selangor & Wilayah Persekutuan di Padang AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur pada 24 Nov 2022. (FOTO: HARAKAHDAILY/MUHAMMAD ZHARIF ZULKIFLEE)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masa depan rakyat Malaysia akan diuruskan oleh PERIKATAN NASIONAL (PN) dan bukan berada di tangan perompak dan perasuah.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Dato’ Seri Azmin Ali berkata bahawa masa depan anak-anak muda dan belia negara juga bukan berada di tangan parti Pakatan Harapan (PH) yang tiada harapan lagi.

Beliau berkata demikian pada Himpunan Rakyat PN BEST Selangor dan Wilayah Persekutuan  di Padang AU2, Taman Keramat, di sini, malam ini yang dihadiri ribuan penyokong PN yang datang seawal 7 malam dan langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat melanda.   

Turut hadir ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man;  Naib Presiden Bersatu, Dato’ Dr Radzi Jidin dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Yunus Hairi.

Tidak ketinggalan hadir, Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Selangor, Dato’ Abdul Rashid Asari; serta calon-calon PN Parlimen Titiwangsa, Dr Rosni Adam; Sasha Lyna Abdul Latif (Parlimen Ampang); Nurul Fadzilah Kamaludin (Parlimen Setiawangsa); dan Dr Afif Bahardin (Parlimen Shah Alam).

Beliau berkata, PN telah membuat tawaran, yang mana  Muhyiddin dan pimpinan PN telah pun mengemukakan pelbagai tawaran dan manifesto supaya dapat  mengangkat martabat ummah dan memakmurkan negara.

“Tawaran pertama membentuk kerajaan prihatin, bersih dan stabil. Saya tahu anak-anak muda hari ini pengundi-pengundi di Malaysia hari ini mahu pemimpin yang bersih, mahu kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat, mahu kerajaan yang bersih, stabil sebab itu tawaran PN mendapat tawaran yang cukup baik.

“Tapi di sebelah sana kemukakan tawaran yang sama – Umno dan Barisan Nasional(BN)  telah mengemukakan manifesto…Umno sebut..kalau rakyat pilih BN, nak bentuk kerajaan yang bersih dan tidak rasuah. Siapa sebut?…Zahid Hamidi..,” ujar beliau dalam nada yang penuh bersemangat juang.

Tambah Azmin, terdapat sebuah  satu gabungan (parti)  yang menurutnya  sedang berkeliaran dalam negara – lompat dari satu kawasan ke kawasan, menjerit siang dan malam tenang Reformasi. 

“Tetapi ini semua pembohongan sebab pada hari penamaan calon pada 5 Nov, tuan-tuan boleh saksikan sendiri beberapa calon Umno dan BN yang sedang turun naik di mahkamah, berdepan dengan puluhan tuduhan rasuah, tetapi masih mengemukakan kertas penamaan calon. – salah seirang ialah dari Bagan Datuk (Perak).

“Bagaimana Umno dan BN nak bentuk kerajaan yang kuat dan stabil kalau calon-calon mereka adalah kleptopkrat – bapa rasuah negara?” soal beliau.

Menjelas lebih lanjut, ujarnya, begitu juga dgn PH, yang kononnya mahu  melakukan pembaharuan dan reformasi terhadap negara itetapi  tetapi pada hari penamaan calon, pad 5 Nov, beberapa calon parti itu sedang bergelumang dengan rasuah.

“Tak malu ke? Kamu sedang dibicara di dalam mahkamah. Kenapa kamu masih kemukakan  pencalonan tetapi calon PN, abah kita (Muhyiddin), Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Radzi Jidin – semua bersih dari rasuah,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/11/2022

- Advertisement -