Penerangan jamin inovasi yang dinamik urus maklumat

- Advertisement -

ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin memberi jaminan pihaknya selalu belajar menambah baik jentera penerangan kerana inovasinya tidak statik, tetapi dinamik. 

“Tapi sekarang ini dengan perubahan teknologi, maka maklumat itu lebih pantas. Dan peperangan abad ke-21 ini bukan lagi pada teknologi maklumat, tetapi kepada kebijaksanaan mengurus maklumat. 

“Maklumat kita ada di hujung jari, tetapi bagaimana kita nak mendidik rakyat untuk memilih maklumat yang tepat, maklumat yang benar, supaya mereka tidak tertipu dengan persepsi. 

“Sebab itu kita telah pun menubuhkan bilik operasi penerangan yang di mana di sana kita mengumpulkan jentera penerangan untuk menjawab dan membuat bahan-bahan penerangan setiap hari.  

“Sebab itu kalau melihat bahan penerangan banyak tetapi yang menjadi persoalan daripada adalah apakah bahan itu sampai kepada kepada ahli ya? Sebab penerangan yang paling penting pada pendapat kami ialah menerangkan kepada ahli terlebih dahulu.  

“Sebelum kita terangkan kepada rakyat di luar sana. Kalau ahli faham maka jemaah kita kuat kita mempunyai dan juga amal dan kekuatan itulah yang akan menyebabkan datangnya nusrah daripada Allah SWT,” ujarnya. 

Beliau mengakui cabaran dana dalam menggerakkan produk penerangan, berbeza dengan pembangkang yang mendapat sokongan kewangan termasuk dari kumpulan-kumpulan liberal antarabangsa dan taikun kroni projek. 

Di mana golongan tersebut juga katanya, menyuburkan ekonomi gelap di dalam negara ini, sekali gus negeri-negeri berkemampuan dapat memperuntukkan dana kepada jentera penerangan. – HARAKAHDAILY 4/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -