
SAYA memohon untuk berbeza dengan Ahli Parlimen Pengerang yang saya hormati dalam isu lantikan Peguam Negara.
Menyatakan bahawa ‘setiap Perdana Menteri akan lantik AG orang dia’ adalah satu kenyataan yang membayangkan institusi pendakwaan dipengaruhi dan dikawal dengan jelas oleh Perdana Menteri.
Ketika era pelbagai pembaharuan dari sudut menghidupkan demokrasi sebenar dilakukan oleh kerajaan pada hari ini, seruan ini kelihatan kembali ke belakang.
Langkah yang paling baik ialah memisahkan fungsi Peguam Negara dengan tugas pendakwaan.
Ini sebenarnya telah dimulakan perancangan oleh pihak kerajaan ketika Dato’ Seri Takiyuddin Hassan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
Pada ketika kenyataan itu dibuat, menariknya ia juga sebagai menyahut cadangan Ahli Parlimen Penggerang yang ketika itu sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat di mana beliau menuntut supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi pembaharuan Jabatan Peguam Negara (AGC). ( https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/kerajaan-pisahkan-fungsi-peguam-negara-pendakwa-raya-takiyuddin/ )
Hari ini, tidak pasti perancangan itu sudah sampai ke mana, namun ia perlu dihidupkan dan dijayakan dengan serius jika mahu melihat undang-undang dilaksanakan dengan adil dan dilihat adil.
YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 29/8/2022




















