MIROS Technology Test Track akan dibina di Sepang

- Advertisement -

MENYEMPURNAKAN Majlis Pecah Tanah MIROS Technology Test Track (MT3) di Sepang, Selangor pagi ini.

Pembinaan MT3 sepanjang 1 kilometer yang akan dibina ini akan menjadi perintis kepada pelbagai ujian sistem keselamatan aktif dan pasif pada kenderaan di rantau Asia Tenggara amnya dan Malaysia khususnya.

Dalam ucapan, saya menyatakan harapan agar pembangunan litar ini dapat menarik pihak swasta dan agensi-agensi yang lain untuk bekerjasama dengan MIROS bagi memastikan kenderaan yang dihasilkan dapat memenuhi spesifikasi yang ditetapkan agar kenderaan yang berada di pasaran adalah kenderaan yang bertaraf 5 bintang dan selamat untuk digunakan.

Saya berharap dengan terbinanya MT3 ini, agensi-agensi yang berkaitan terutamanya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dapat melaksanakan pengujian kepada kenderaan bagi proses kajian, penyelidikan dan juga bagi tujuan penilaian. 

Contohnya, bagi Proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan penilaian kenderaan yang mengikut Standard Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN Regulations) di peringkat antarabangsa.

Hubungan kerjasama yang sememangnya erat antara MIROS dan JPJ ini diharapkan dapat mengukuh dan meningkatkan lagi tahap keselamatan kenderaan di negara kita.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan sentiasa menyokong usaha dan komitmen MIROS dalam memastikan usaha yang membawa kepada kemajuan signifikan ini dapat diteruskan dan dilaksanakan seperti yang dirancang.

Saya juga mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat kepada empat Ahli Lembaga Pengarah MIROS yang baharu iaitu:

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, 
YDH CP Datuk Wira Mat Kasim bin Karim; 

Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, 
YBhg. Datuk Haji Azman bin Ismail; 

Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia, 
YBrs. Encik Antony Lee Fook Weng; 

dan Timbalan Ketua Editor Sin Chew Daily Malaysia, 
YBrs. Puan Allen Hwn Yaul Len. 

Saya yakin dengan ilmu dan pengalaman luas mereka semua, dapat membantu serta membawa MIROS ke peringkat yang lebih tinggi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOT, Dato’ Razali bin Mohamad; Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, Profesor Dr. Wong Shaw Voon; Ketua Pengarah MIROS, Dato’ Dr. Khairil Anwar bin Abu Kassim dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dato’ Zailani Hj. Hashim.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 29/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -