
EUGENE, Oregon: Pelari Brazil, Alison dos Santos memecah rekod ketika menjuarai untuk memenangi pingat emas Kejohanan Dunia lari berpagar 400 meter pada Selasa.
Dos Santos menamatkan saingan dengan catatan rekod kejuaraan 46.29 saat memecahkan rekod kejuaraan dunia oleh Kevin Young, pada 47.18 saat yang dibuat pada 1993 di Jerman.
Dos Santos menamatkan saingan dengan catatan rekod kejuaraan 46.29 memecahkan rekod kejuaraan dunia oleh Kevin Young 47.18 saat yang dibuat pada 1993 di Jerman.
Walaupun gembar-gembur menuju ke final banyak tertumpu pada pertembungan antara juara Olimpik Norway, Warholm dan pesaingnya dari Amerika Syarikat, Rai Benjamin, namun dos Santos yang merupakan pemenang pingat gangsa Tokyo bagi itu berjaya mengunci kemenangan di pusingan terakhir, dengan Benjamin sekadar meraih perak.
Warholm yang sebelum ini dua kali memecahkan rekod dunia pada 2021 turut bertanding pada kejohanan di Eugene, Oregon, biarpun selepas mengalami kecederaan hamstring pada Jun, hanya menduduki tempat ketujuh.
Rakan senegara dos Santos, Benjamin Trevor Bassitt pula meraih gangsa. – HARAKAHDAILY 20/7/2022




















