Hubungan tiga hala Jepun, Korea Selatan, AS tangani Korea Utara

Presiden Korea yang baru dipilih, Yoon Suk-yeol (kiri) dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida. (FOTO AFP)
- Advertisement -

TOKYO/SEOUL: Jepun dan Korea Selatan menyatakan persetujuan untuk meningkatkan  hubungan tiga hala dengan Amerika Syarikat dalam bertindak balas terhadap ancaman ketenteraan Korea Utara yang semakin berkembang.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dalam kenyataannya kepada media pada Jumaat (11 Mac), berkata, selepas panggilan telefon dengan bakal presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju untuk kekal berhubung rapat bagi berkongsi pandangan tentang Korea Selatan.

- Advertisement -

Sehubungan itu, AS dan Korea Selatan dalam kenyataan bersama menegaskan, Korea Utara baru-baru ini menggunakan sistem peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) terbesarnya dalam dua pelancaran rahsia, menimbulkan kemungkinan yang  membuka jalan untuk menyambung semula ujian jarak jauh.

Menurut Kishida, hampir semua pilihan diplomatik terbuka dalam berurusan dengan Korea Utara, mungkin termasuk sekatan, dan Jepun akan terus berhubung rapat dengan AS dan dan Korea Selatan mengenai sebarang tindak balas terhadap negara komunis itu.

Dalam itu jurucakap Yoon yang memenangi pilihan raya presiden Korea Selatan (9 Mac) lalu,  berkata, beliau menyatakan harapan untuk kerjasama tiga hala yang lebih besar melibatkan AS dalam menangani Korea Utara.

“Hubungan dua hala (Jepun-Korea Selatan)  yang baik adalah penting dan perlu dipertingkatkan memandangkan keadaan dunia,” ujar Kishida.

Yoon pula memberitahu Kishida adalah penting untuk menyelesaikan isu dua hala kedua-dua yang belum selesai dalam ‘cara yang munasabah dan  saling menguntungkan’,  sambil menambah kedua-dua pihak mempunyai banyak bidang kerjasama termasuk dalam sektor keselamatan serantau dan ekonomi.

Yoon turut mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi 2011 yang melanda timur laut Jepun, bersempena ulang tahun ke-11 gempa bumi berkenaan.

Terdahulu, hubungan antara kedua-dua Jepun dan Korea Selatan tegang susulan  isu yang berpunca daripada penjajahan Jepun dalam tempoh 1910 hingga 1945 di semenanjung Korea, termasuk menyebabkan rakyat Korea Selatan dijadikan  mangsa buruh paksa dan rumah pelacuran zaman perang. – AP

- Advertisement -