‘Swing’ penjawat awam lahirkan kerajaan baharu di Johor?

Gelombang rakyat dilihat mahu kerajaan yang lebih cekap dan bersih

- Advertisement -

PENGUNDIAN awal bagi PRN Johor sudah dijalankan. Jika ditelusuri fakta, angka jumlah pengundi awal bagi PRN kali ini adalah seramai 22,531 pengundi yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan mereka. Sebanyak 63 pusat mengundi membabitkan 83 saluran dibuka.

Unjuran PRN Johor masih tidak dapat diputuskan dengan sebetulnya lagi, adakah Barisan Nasional (BN) akan muncul juara, atau Pakatan Harapan (PH) atau mungkin barangkali Perikatan Nasional (PN) yang akan muncul pemenang hati rakyat.

- Advertisement -

Namun, apa yang pasti ada rekod dan prestasi lampau untuk dijadikan perbandingan. Jika kita lihat sewaktu PRN Melaka, kedudukan Umno-BN meskipun menang namun hasil kemenangan tersebut dapat dicapai faktor undi masyarakat tempatan.

Manakala PH mencatatkan prestasi buruk dengan kehilangan kerusi yang banyak dan seterusnya PN yang mencatatkan prestasi perolehan pertambahan undi memberangsangkan.

Undi awal pada PRN Melaka mencatatkan pola yang menarik kerana rata-rata undi awal sebenarnya memihak kepada PN. Contohnya di beberapa kerusi dan DUN, keputusan awal yang dicatatkan sangat sengit.

Di Bemban, PN mengatasi BN dalam data undian awal, apabila meraih 136 undian berbanding BN memperoleh 71. PH hanya mendapat empat undian. Manakala Bandar Hilir apabila PN memperoleh 181 undian berbanding BN sebanyak 271 undian manakala PH pula memperoleh hanya 23 undian.

Manakala undi tentera juga ‘swing’ kepada PN. Di Melaka pada undi awal tertumpu kepada peti undi dalam Kem Terendak dan Kem Sungai Udang yang melibatkan 7,532 pengundi. Daripada jumlah tersebut BN dan PN mendapat undi yang sangat signifikan. PN mendapat 3,976 undi, manakala calon BN mendapat 2,831 undi. Manakala PH hanya menerima 396 undi.

Sudah tentu akhirnya undi pada hari PRN juga yang menentukan kemenangan kerana majoriti pengundi turun pada hari itu. 

Namun, apakah signfikan pola ini jika tidak ia melambangkan kesedaran rakyat dan pengundi awal akan penolakan mereka terhadap BN dan PH di Melaka. 

Situasi Melaka dan Johor adalah lebih kurang yang mana kedua-dua negeri ini adalah kubu kuat Umno-BN yang dirampas PH pada PRU-14 yang lalu. 

Namun, isyarat yang diterima ini adalah bukti jelas kesedaran pengundi awal akan penolakan terhadap budaya politik lama yang berteraskan wang serta keinginan untuk mewujudkan pentadbiran baharu dan bersih.

Jadi apa yang perlu dibuat? Rakyat Johor jom turun undi! Satu undi amat bermakna!

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 9/3/2022

- Advertisement -