
Oleh: SARINA ISMAIL
SHAH ALAM: PAS Kedah menyumbang sebanyak RM50,000 kepada PAS Selangor untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Dato’ Ahmad Yahaya, berkata jumlah itu tidak termasuk yang disumbangkan oleh PAS kawasan di tempat mereka bertugas.
“Alhamdulillah, hari ini PAS Kedah menyumbang sebanyak RM50,000 untuk membantu mangsa banjir di Selangor. Kalau ada lagi sumbangan selepas ini, kita akan hulurkan lagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Penyerahan sumbangan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Selangor di sini dan disampaikan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi. Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Ahmad berkata, walaupun PAS Kedah ditetapkan membantu di Shah Alam, ramai sukarelawan negeri itu yang menghulurkan khidmat di Hulu Langat, terutama Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kedah.
Katanya, ini berikutan daerah itu antara kawasan paling terjejas akibat banjir. – HARAKAHDAILY 26/12/21




















