Tarik baliklah 22 kali cabutan judi

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, menuntut kerajaan supaya menarik balik kenaikan 22 kali cabutan judi.

“Saya kira tidak ada apa-apa masalah pun kerana ia boleh memberikan kelegaan kepada banyak pihak. Turunkan balik supaya kita tidak bergantung kepada kepada industri judi untuk menjana pendapatan negara.

- Advertisement -

“Industri judi pada akhirnya akan menyebabkankan fitnah dan (negara) tersekat daripada mendapat berkat,” katanya ketika perbahasan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS berkata, status cabutan judi yang naik ke 22 kali cabutan daripada 8 kali cabutan telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat sebanyak tiga kali, iaitu dari sesi persidangan yang lepas dan kemudian sesi persidangan kali ini.

Katanya, kerajaan perlu membuat satu penjelasan yang tuntas dan menarik balik kenaikan 22 kali cabutan ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini mengesahkan memberi izin kepada semua syarikat perjudian untuk melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini.

Sebelum ini, cabutan khas berkenaan diadakan 22 kali setahun, namun dikurangkan kepada 11 kali pada tahun 2019 dan hanya lapan kali cabutan pada tahun 2020. – HARAKAHDAILY 1/11/21

- Advertisement -