
MAI nak habaq, yang kecoh sangat pasal bendera ini kenapa? Saya nak beritahu (bukan beliau suruh beritahu) ADUN Tanjung Lumpur YB Ustaz Rosli Jabar dah bertahun-tahun buka Pejabat Khidmat Masyarakat.
Bahkan musim COVID-19 ini Dewan Pusat Tarbiyyah Kampung Peramu dijadikan pusat pengumpulan barang-barang sumbangan untuk bantuan kepada siapa sahaja. Tak kira hijau, ke, bendera merah ke, bendera biru ke, bendera oren ke hatta yang tiada bendera pun beliau sampaikan sumbangan sejak bertahun dulu.
Bukan setakat barangan dapur hatta rumah pun dibaiki jika perlukan bantuan. Bukan ada peruntukan kerajaan pun. Semuanya dari sumbangan para dermawan. Kemudian diagihkan selagi ada yang memerlukan. Begitulah juga ADUN-ADUN PAS yang lain.
Unit Amal pula, dah berpuluh tahun kerjanya membantu orang. Dari hal yang kecil-kecil seperti sampaikan sumbangan, sampailah kepada pemindahan banjir, kemalangan, tebang pokok yang membahayakan, kawal kesesakan kenderaan dan termasuk bantuan serta pertolongan musim COVID-19.
Dengan tak mengira ada bendera ke tak ada bendera. Begitu juga dengan NGO-NGO yang lain seperti Geng Ustaz, Muslim Care dan macam-macam care lagi, khususnya NGO-NGO di bawah PAS. Bertahun dah mereka buat kerja, tak timbul pun soal kena angkat bendera putih depan rumah. Insya-Allah mereka datang bantu walau tak ada bendera putih pun.
Jangan sampai isu bendera putih ini menenggelamkan segala kebajikan dan kebaikan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang saya sebutkan. Semacam mereka semua tak cakna kepada rakyat. Semacam mereka bangang sangat sehingga kena angkat bendera putih baru nak datang tolong. Tolong sikit.
Para Ustaz pun jangan cepat melatah sehingga terperangkap dengan isu yang dipolitikkan oleh pembangkang (PH). Kerana dalam dunia politik ini banyak perkara yang kelihatan ‘benar’ tapi tujuannya adalah batil:
كلمة حق أريد بها باطل
Kalau angkat bendera itu sekadar untuk memberitahu masih ada mangsa yang tertinggal, saya setuju jika setakat itu. Tapi pengamatan saya tidak mengatakannya setakat itu sahaja, kerana ianya terangkum dalam tujuan dan maksud menjatuhkan Kerajaan PN yang ada. Jika PN jatuh bukan bendera putih yang berkibar tapi bendera DAP yang akan naik. Maaf, jika pengamatan saya tidak betul. Tapi perhatikan betul-betul.
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 30/6/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100001490058504/posts/4290635654329394/




















