Kawal, cegah HIV: Laksana langkah bersasar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu melaksanakan langkah bersasar bagi mengawal dan mencegah jangkitan HIV berdasarkan kumpulan sasar terutama pelajar dan mahasiswa di peringkat Universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berkata, KKM juga perlu membuat tindakan mitigasi sekiranya wujud ketidakpatuhan kepada pengguna terhadap penjadualan PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) yang telah dijadualkan kepada mereka.

- Advertisement -

“Menteri menyebutkan bahawa akan ditambah lagi 10 (klinik) pada tahun ini dan
kita telah mendengar mantan Menteri Kesihatan yang dahulu mengatakan bahawa akan ditambah 30 lagi klinik yang akan terlibat dalam program (perintis pemberian PrEP) ini.

“Dan saya nak dapatkan maklumat berapakah kos yang dijangkakan apabila program perintis ini yang mana kos ubatnya ditanggung sebelum ini akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk program seterusnya,” soal Dr Ahmad Yunus.

Beliau menyatakan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Kesihatan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Rakyat, Parlimen di sini sebentar tadi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam jawapannya memberitahu, bahawa beliau telah menyebutkan akan keberkesanan dari segi amalan ataupun dari segi kaedah pencegahan, sekali gus adalah penting kerana ia terlibat dengan satu kumpulan umur 21 hingga 49 tahun.

“Yang terkait dengan kumpulan umur ini 92.4 peratus yang terlibat. Sangat penting they are in the productive ages (dalam umur yang produktif) ya. Jadi untuk saya sebutkan pembelian ubat yang digunakan dalam projek rintis PrEP ini bernilai hampir setengah juta, RM521,816.80.

“Penggunaan yang digunakan adalah daripada sumber sumbangan Majlis AIDS Malaysia MAM melalui dana global fund kepada bahagian kawalan penyakit KKM selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia MyPPSM ceraian UP725 garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah di dalam perkhidmatan awam juga kita perhatikan semua peraturan ini.

“Kuala Langat ya kita sangat faham bahawa ia mempunyai kos tetapi kos ini ditanggung oleh sumbangan daripada Majlis AIDS Malaysia MAM dan kurang lebih pemberian satu itu adalah dalam RM120 ya.

“Jadi yang pentingnya bukan saja dari sudut kos, tetapi untuk kita laksanakan program yang telah menunjukkan evidence (bukti) bahawa ia berkesan dan lebih penting adalah juga mereka terlibat dalam golongan kumpulan umur yang produktif.

“Dan dan daripada sini kita lihat bahawa keberkesanan PrEP ini adalah jelas ya dari segi itu ia benar-benar dapat mengelakkan apa yang kita katakan mengambil mengambil pendekatan the less apa yang lebih kurang mudaratnya ataupun yang lebih besar manfaatnya,” jawab beliau.

Dr Ahmad Yunus dalam soalan asalnya meminta dinyatakan status terkini program perintis pemberian PrEP kepada individu yang mempunyai pasangan HIV positif terutama yang mengamalkan seks bebas dan seks songsang dalam keadaan belum ada keputusan dari pihak Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) atau Jawatankuasa Fatwa. – HARAKAHDAILY 20/3/2024

- Advertisement -