MP PN dinafikan peruntukan, rakyat yang jadi mangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan PH-BN perlu pertimbangkan untuk memberikan peruntukan kepada wakil rakyat PN berikutan ada yang berhutang, dan menjadi golongan B40 untuk membantu rakyat yang meminta bantuan.

Ustaz Hassan Saad (PN-Baling) berkata, peruntukan ini bukan untuk dipolitikkan, tetapi bagi disampaikan dan diberikan kepada rakyat yang memerlukan.

- Advertisement -

Beliau mengemukakan perkara tersebut semasa mengambil bahagian berucap pada Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini sebentar tadi.

“Saya nak cerita pengalaman tentang pusat khidmat saya, di mana saya sewa pusat khidmat dan kadang-kadang bila saya datang ke pusat khidmat saya saya tengok ada lima (hingga) enam orang yang sedang menunggu untuk nak berjumpa dengan saya.

“Jadi saya rasa bahawa pusat khidmat saya seperti klinik swasta. Jadi bila saya masuk yang duk tunggu pun masuk jumpa saya, ‘YB nak minta tolong’. Saya tanya ‘ada apa mak cik?’ ‘Ni minta tolong supaya YB tolong bayar bil elektrik saya RM1,800 tertunggak’.

“Yang kawan seorang lagi pula anak dia bersalin, tak dapat nak bayar duit (pun) mohon juga. Dan banyak lagilah. kadang-kadang saya berasa sedih tengok pengundi-pengundi saya.

“Jadi saya hanya mampu dalam hati saya kata apa? ‘Bersabarlah wahai pengundi Baling, kamu sabar kamu akan dapat pahala yang banyak di akhirat esok’, disebabkan kerana kami daripada pihak pembangkang ni tidak diberi peruntukan yang sepatutnya kami terima. Itulah yang kami hadapi sekarang,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 7/3/2024

- Advertisement -