Kedutaan Iran bakal rai Hari Kebangsaan di KL 

Valiollah Mohammadi Nasrabadi. (FOTO: HARKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kedutaan Iran mengumumkan bakal meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-45 bagi Republik Islam itu yang akan berlangsung, di sini pada Selasa 13 Februari ini.

Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi berkata, beliau mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia dengan berbesar hati memaklumkan bahawa Republik Islam Iran dibenarkan menganjurkan majlis resepsi sempena Hari Kebangsaan negara itu di KL.

- Advertisement -

“Sambutan Hari Kebangsaan bagi Republik Islam Iran ke-45 pada 13 Februari  ini nanti, yang bertempat di Taming Sari Grand Ballroom, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

“Waktu berlangsungnya sambutan ini bermula pada jam 7 malam hingga 9 malam (waktu Malaysia,” katanya, di sini.

Sehubungan itu, beliau turut memberitahu bahawa Republik Islam itu juga telah pun memohon bantuan di bahagian protokol kementerian dalam menyediakan segala penyusunan yang diperlukan termasuk prosedur keselamatan untuk sambutan hari kebangsaan Republik Islam Iran kelak

“Antara yang bakal turut hadir pada hari itu nanti ialah Penterjemah Bahasa, Mehdi Sultanzade dan Kaunselor 1, Mr Ebrahim Saeidi. 

“Kami akan memanfaatkan peluang yang diberikan ini oleh kerajaan Malaysia dengan sebaik mungkin dan acara ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.  HARAKAHDAILY  1/2/2024

- Advertisement -