Gangguan di alam Melayu

Wan Roslan (kiri) dalam program Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu yang diadakan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Kota Bharu, Kelantan. (FOTO: HARAKAHDAILY/Rizal Tahir)
- Advertisement -

KOTA BHARU: “Di era yang dipenuhi dengan cabaran ini, penting bagi masyarakat memahami dengan mendalam apa yang disebut sebagai  ‘gangguan (disrupsi) di alam Melayu’.” 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata demikian ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu yang diadakan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

- Advertisement -

“Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu  ini bukan hanya menyentuh peradaban bangsa semata-mata, sebaliknya memberi penekanan kepada pembangunan teknologi hijau dan digital dalam konteks pengajian dan ekonomi Islam,” katanya. 

Menurutnya, seminar itu merupakan sebuah platform yang amat penting dalam menggalakkan kolaborasi dan pemikiran inovatif bagi masa depan umat Islam di Alam Melayu. 

“Sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam portfolio hijau dan digital, saya berharap seminar ini juga akan memberikan penekanan kepada pembangunan teknologi hijau dan digital dalam konteks pengajianj Islam.

“Seminar ini juga mampu memberikan pandangan yang mendalam dan solusi yang relevan terhadap cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam di Alam Melayu,” jelasnya sambil menambah bahawa seramai 206 orang pelajar Kias hadir pada program yang turut mendapat kerjasama Universitas Islam Riau ( UIR) itu.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan KIAS, Dr Mohd Ramizu Abdullah; Dekan Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, KIAS, Dr. Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail; dan Dekan Fakulti Agama Islam, Universiti Islam Riau, Prof Dr Zulkifli.

Menurutnya, dalam era yang dipenuhi dengan cabaran ini, penting bagi masyarakat memahami dengan mendalam apa yang disebut sebagai gangguan  di alam Melayu. 

Beliau berharap, seminar ini akan membantu dalam pembentukan rangka kerja strategik untuk menghadapi cabaran semasa.

“Melalui penglibatan pelbagai pihak, termasuk universiti dan rakan kolabratif yang progresif ianya dapat merangka strategi yang holistik dan terperinci bagi menggalakkan kemajuan ekonomi dan pengajian Islam.

“Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu ini akan menjadi satu acara yang bermakna dan berharga dalam usaha ke arah memajukan umat Islam dengan lebih baik dan cemerlang,” katanya.  HARAKAHDAILY  30/1/2024

- Advertisement -