Generasi Al-Quran dan Rabbani PASTI 

Wan Rohimi (depan, empat dari kiri) bersama-sama barisan guru PASTI di DUN Melor, Kota Bharu, Kelantan pada hari ini, 29 Jan 2024.
- Advertisement -

KELANTAN: Pusat Tunas Asuhan Islam (PASTI) diharapkan terus maju jaya dalam melahir dan membina Generasi Al-Quran dan Rabbani.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Wan Rohimi Wan Daud berkata, pelajar PASTI yang berumur enam tahun pada hari ini akan menyambung pengajian ke peringkat sekolah rendah mengikut pilihan masing-masing. 

- Advertisement -

“Buat anak-anak apabila besar nanti mereka juga akan terus tumbuh membangun dan akan menjadi orang yang soleh dan solehah hasil dari didikan guru-guru hari ini,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Yang DiPertua Ketereh berkata demikian ketika merasmikan Majlis Kecemerlangan PASTI Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor 2023 di Dewan Utama, Wisma Tok Wali, Pejabat ADUN Melor, di sini, hari ini.

Wan Rohimi ketika merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI 2023 di Pejabat ADUN Melor.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan ibu bapa yang masing-masing berjaya mendidik murid-murid dan anak-anak melalui  pendidikan Islam sehingga dapat menamatkan pengajian di PASTI.

“Terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa kerana telah sama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat dan agama.

“Saya doakan semoga anak-anak terus berjaya dan mereka semua ini akan menentukan hala tuju negara. Semoga Allah SWT merahmati dan mengurniakan guru-guru dan ibu bapa nikmat istiqamah.

“Saya juga mendoakan semoga segala pengorbanan guru-guru dalam khidmat bakti di PASTI diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh di sisi-Nya,” katanya.  HARAKAHDAILY  29/1/2024

- Advertisement -