Keluarga tawanan Hamas berang dengan Netanyahu

Aktivis sayap kiri Israel mengadakan tunjuk perasaan berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv. (Foto: AFP)
- Advertisement -

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah bertemu dengan keluarga tawanan yang dibebaskan oleh pejuang Hamas dari Gaza dalam pertemuan yang digambarkan sebagai ‘tegang’ oleh media Israel.

Pertemuan pada Selasa diadakan di tengah-tengah pertempuran yang semakin sengit di Semenanjung Gaza yang dikepung berikutan berakhirnya jeda tujuh hari dalam permusuhan yang membolehkan lebih 100 tawanan dikembalikan, yang telah ditawan oleh Hamas semasa serangan 7 Oktober ke atas Israel, sebagai pertukaran untuk kira-kira 240 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

- Advertisement -

Israel berkata pada Selasa bahawa kira-kira 138 tawanan kekal di wilayah itu; dan beberapa saudara-mara tawanan berkenaan yang menghadiri mesyuarat itu menghamburkan  kritikan terhadap kerajaan Israel.

Dani Miran, yang anaknya Omri adalah antara yang ditawan Hamas di Gaza, berkata dia sangat ‘jijik’ dengan hasil pertemuan bersama Netanyahu itu  sehingga dia keluar di tengah-tengah mesyuarat.

“Saya tidak akan pergi ke butiran apa yang dibincangkan tetapi keseluruhan pertemuan  ini (dengan Netanyahu) adalah hodoh, menghina, tidak lancar,”  katanya kepada Channel 13  sambil melabelkan kerajaan telah membuat ‘lawak’  daripada isu itu.

“Mereka (kerajaan Israel) berkata, ‘Kami telah melakukan ini, kami telah melakukan itu’. (Pemimpin Hamas Gaza, Yahya)Sinwar adalah orang yang memulangkan rakyat kita, bukan mereka. 

“Saya marah kerana mereka mengatakan bahawa mereka menentukan sesuatu. Mereka tidak menentukan satu langkah pun,” tegasnya.

Ahli keluarga sehubungan itu menggesa tindakan segera kerajaan Israel bagi memastikan baki tawanan dibebaskan.

“Saya bertanya kepada Netanyahu sama ada objektif utama perang adalah untuk membawa pulang tebusan,” teags  Meirav Leshem Gonen, ibu kepada tebusan berusia 23 tahun, Romi Gonen.

“Dia (Netanyahu) menjawab saya secara langsung: ‘Ya’,”katanya. “Saya gembira dengan jawapannya, tetapi sekarang ini realiti yang penting.”

Beberapa keluarga tawanan yang lain, sementara itu, kelihatan hilang sabar terhadap kerajaan Netanyahu.

“Kami percaya kepada anak-anak kami, bahawa mereka kuat dan mereka akan mengatasi ini, dan kami mahu kerajaan Israel  melakukan apa yang mereka lakukan secepat mungkin – secepat mungkin – untuk memulakan rundingan,” ujar Idit Ohel, ibu kepada tebusan berusia 21 tahun, Alon, semasa panel dalam talian yang dianjurkan oleh Forum Tebusan dan Keluarga Hilang.

“Enam puluh hari terlalu lama,” katanya dalam nasa suaranya yangmeninggi. “Saya tidak mahu 61 hari, saya tidak mahu 65 hari. Saya mahu mereka kembali (ke Israel) sekarang.”

Terdahulu, Israel menarik balik perundingnya dari Qatar pada 2 Dis lalu, atas alasan ‘kebuntuan’ selepas gagal mencapai sebarang persetujuan dalam rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan jeda baharu dalam perang tersebut.

Selepas itu, Hamas berkata ia tidak akan membebaskan lagi tawanan sehingga serangan Israel di Gaza ditamatkan.  HARAKAHDAILY 6/12/2023

- Advertisement -