Siasat punca ketiadaan beras tempatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee mendedahkan kerajaan hanya mengimport 35 peratus beras wangi dan beras istimewa, bukan beras putih seperti dakwaan sesetengah pihak bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Ahli Parlimen Beluran berkata, rakyat kini berhadapan peningkatan harga beras putih import bagi menampung kekurangan beras putih tempatan yang menjadi makanan harian walaupun membeli beras putih dari luar bukan menjadi agenda kerajaan.

- Advertisement -

Katanya, kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) sebelum ini menetapkan 65 peratus sudah mampu memenuhi Kadar Sara Diri (SSL) di negara ini, tetapi keadaan sekarang ialah bekalan beras tempatan tidak cukup dan bergantung sepenuh kepada bekalan import.

“Kita berhadapan kekurangan beras putih tempatan. Kita sepatutnya mengeluarkan 65 peratus daripada keperluan beras SSL dan cuma mengimport 35 peratus. Sebahagian besar dari 35 peratus beras yang diimport bukan beras putih, tetapi beras wangi dan istimewa.

“Maknanya kita mengeluarkan dalam bentuk kuantum 1.5 juta tan metrik beras dan cuma mengimport 900,000 tan metrik beras dengan beras putih tempatan sekarang ini kerana pengguna tidak dapat menikmati dan membeli beras putih tempatan pada harga RM2.60 sekilogram,” katanya pada perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ronald turut mempersoalkan adakah wujud manipulasi pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut pendapatan lebih atau ada kilang enggan mengeluarkan beras tempatan berbanding memproses beras putih yang didakwa diimport lebih menguntungkan.

Menurutnya, negara menghasilkan sebanyak 1.5 juta tan metrik beras putih dan cuma mengimport kira-kira 900,000 tan metrik, malah pengguna tidak dapat membeli beras putih tempatan pada harga RM2.60 perkilogram dan beras putih import pada RM3.90 perkilogram.

“Kita sepatutnya ada beras tempatan sebab itu saya katakan bahawa kementerian harus siasat kenapa kita tidak dapat memperolehi beras tempatan di pasaran sekarang, jadi kerajaan harus tidak berada dalam sindrom penafian, tetapi melihat dan siasat perkara ini.

“Agar rakyat malaysia dapat membeli beras pada harga RM2.60 sen perkilogram iaitu beras yang disubsidikan oleh kerajaan dengan memperuntukkan RM1.8 bilion subsidi setahun,” katanya.

Sekitar 90 peratus beras di pasaran tempatan adalah beras putih tempatan sementara bekalan import adalah baki sekitar 10 peratus merupakan beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain termasuk beras keluaran dari negara Jepun.

Sedangkan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sebelum ini mengumumkan penyelarasan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan supaya sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, Bernas mengharungi separuh tahun pertama yang sangat mencabar disebabkan ketidaktentuan pelbagai faktor luaran seperti perubahan iklim, kadar pertukaran mata wang asing yang semakin lemah, kos operasi yang tinggi dan konflik serantau. – HARAKAHDAILY 14/9/2023

- Advertisement -