Notis singkat pertukaran guru KAFA beri kesan emosi

Mohd Zai Mustafa
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertukaran guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke luar daerah dalam notis singkat akan memberi kesan emosi kepada banyak pihak.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, pertukaran secara segera ini juga akan memberi kesan terhadap pengurusan guru di peringkat sekolah terutamanya pada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada Oktober ini. 

- Advertisement -

“Biasanya perpindahan guru dibuat pada awal tahun atau akhir tahun dan mengambil kira faktor lokasi yang sesuai dan masa agar kebajikan, beban dan keselesaan guru diambil kira sebaiknya.

“Penerusan dan kesinambungan pengajaran di antara guru dan murid juga terganggu kerana hubungan murid dan guru tiba-tiba bertukar dan terhenti,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Sementara, guru baharu (pengganti) pula, menurut beliau, akan mengambil masa yang lama untuk membina hubungan yang baik dengan pelajar.

“Justeru, saya  berharap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dapat memperhalusi semula cadangan penstrukturan tersebut bagi memastikan kebajikan guru-guru KAFA terjamin,” katanya. – HARAKAHDAILY  5/9/2023

- Advertisement -