Mengulang kejahatan lampau: Ini Langkah Kajang 2.0?

- Advertisement -

MASIH kekal dan belum pudar dalam ingatan sejarah serangan politik fitnah terhadap Almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim. Saifuddin yang bertanggungjawab atas dokumen fitnah 91 muka surat waktu itu kini masih rancak membuat serangan fitnah. Kali ini terhadap Sanusi.

Dokumen yang kelihatan seperti sarat dengan fakta diusung ke hulu ke hilir telah mengaibkan Almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim lalu memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor waktu itu. Penyudahnya, Saifuddin buat permohonan maaf secara terbuka dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

Tidak menghairankan apabila sequel fitnah ini dimainkan watak yang sama iaitu Saifuddin, Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim. Tujuan fitnah ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menjatuh imej kewibawaan Sanusi mentadbir negeri.

Sejarah hitam dalam politik negara ini wajar diambil pengajaran. 

Jangan  lupakan sejarah. Jangan biarkan sejarah berulang.

Rakyat kenal erti serik. Terus bangkit tolak politik fitnah PH. 

PERIKATAN NASIONAL BEST!

USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda PAS Kedah
25 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 25/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -