Kerajaan Madani gagal berfungsi sebagai kerajaan

Bakri Jamaluddin
- Advertisement -

PORT DICKSON: Kerajaan Madani yang mentadbir pusat pada masa ini dilihat gagal dalam menjalankan fungsinya sebagai kerajaan yang sebenar.

- Advertisement -

Menurut Ketua Penerangan PERIKATAN NASIONAL (PN) Melaka, Bakri Jamaluddin, ini kerana kerajaan Pusat pada hari ini dilihat seperti ‘kerajaan pembangkang’.

“Hari ini berlaku satu sejarah yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana negara. Yang berlaku dalam negara kita hari ini yang dipanggil ‘kerajaan pembangkang’.

‘Kerajaan pembangkang’ membangkang pembangkang,” ujar beliau semasa berucap di dalam program ceramah Gelombang Nismilan Kito Ubah yang berlangsung di Markaz PAS Teluk Kemang, di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata kerajaan sepatutnya bekerja keras menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, bukan bekerja seperti pembangkang.

“Sebab itu kita lihat hari ini tuan-tuan apabila dilakukan satu kaji selidik dan diterbitkan di Singapura.

“Bila disenaraikan masalah utama rakyat Malaysia sebenarnya masalah paling besar dihadapi rakyat Malaysia ialah kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Namun, tambahnya, sikap kerajaan yang hanya mahu ‘membangkang pembangkang’ menyebabkan rakyat marah.

“Maka bila ini masalah utama rakyat hari ini dan kerajaan tidak pernah melihat, tidak pernah memberitahu, tidak pernah menunjukkan bagaimana nak selesaikan masalah rakyat, maka rakyat bangun memberontak menyatakan bantahan.

“Sebab itu saya dapat maklumat kerana Melaka kami bertugas di Negeri Sembilan. Bila saya tanya Muslimat kita yang turun sama ada di Bagan Pinang atau di Rantau dan sebagainya, kita tanya bagaimana respons? Katanya responsnya sangat luar biasa,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka.

Turut berucap di dalam program ini ialah, Naib Presiden PAS, Ustaz Datuk Idris Ahmad, Pengerusi PN Pahang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Ketereh Mejar Jeneral (B) Dato’ Khlir Mohd Nor. – HARAKAHDAILY 25/7/2023

- Advertisement -