RM2.4 bilion bantuan kebajikan disalurkan pada 2022

Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan sejumlah RM2.4 bilion meliputi pelbagai kategori bantuan kebajikan telah disalurkan pada 2022.

- Advertisement -

Menurut KPWKM, jumlah bantuan kebajikan itu berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi manfaat kepada 513,167 penerima.

Katanya, bbagi memastikan penerima bantuan dapat terus dibantu, pelbagai langkah integrasi antara agensi di dalam kementerian dan dengan agensi-agensi telah dilaksanakan.

KPWKM menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat, hari ini.

Siti Zailah dalam soalannya meminta menteri berkenaan menyatakan apakah langkah integrasi antara agensi di dalam kementerian dalam usaha membantu lebih 560,000 penerima bantuan bulanan JKM. – HARAKAHDAILY 12/6/2023

- Advertisement -