Vaksin diterima hasil kesungguhan Kerajaan PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) ketika era pandemik Covid-19 sedaya upaya memberi penerangan mengenai kebaikan dan keberkesanan vaksin kepada rakyat.

- Advertisement -

Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika itu, berkata pihaknya mengemukakan segala bukti saintifik untuk meyakinkan kebaikan vaksin kepada rakyat.

“Ada yang menuduh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) lambat dalam kelulusan kerana katanya WHO atau negara lain telah meluluskan.

“Tapi ini nyawa rakyat negara kita. Kita yang bertanggungjawab, tak boleh semata-mata bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh orang lain.

“Biar sampai kepada darjah kepastian tertentu, keselamatan dan keberkesanan vaksin berkenaan,” katanya dalam perbahasan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin Covid-19 di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ketika menjadi Ketua Pembangkang, mendesak kerajaan PN supaya mempercepatkan pelbagai perkara untuk mendapatkan bekalan vaksin.

“Malah ketika itu ada Ahli Parlimen mendesak kerajaan supaya menggunakan ubat yang ‘tidak cukup maklumat keselamatan dan keberkesanannya’ untuk merawat Covid-19. Saya ingat peristiwa pada waktu itu.

“Sehingga ketika yang dibuat dalam keadaan yang terdesak, tidak cukup maklumat bahaya pada rakyat,” katanya lagi.

Namun, katanya terdapat peningkatan penerimaan rakyat terhadap vaksin selepas membuat kaji selidik dan bukan dalam keadaan terdesak yang membahayakan nyawa rakyat.

“Alhamdulillah. Terdapat perubahan penerimaan yang besar dalam tempoh yang singkat dalam kalangan rakyat tentang vaksin ini.

“Pada Disember 2020, cuma 67 peratus rakyat yang menerima. Empat bulan kemudian, iaitu April 2021 penerimaan rakyat meningkat kepada 85 peratus,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/6/2023

- Advertisement -