Perundangan baharu dapat kawal selia perjudian berlesen

Dato' Ahmad Yahaya
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sedang dalam proses semakan untuk meminda akta-akta perjudian sedia ada iaitu Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Akta Pertaruhan Wang Terkumpul 1967, Akta Loteri 1952 dan Akta Pertaruhan 1953.

- Advertisement -

Menurut kementerian itu, dengan adanya perundangan yang baharu ini kelak diharapkan Kerajaan akan dapat menguatkuasa dan mengawal selia aktiviti perjudian berlesen dan perjudian atas talian (Online) secara lebih menyeluruh.

Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Ahmad Saad @ Yahaya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan pelan strategik di bawah Akta Perjudian Rumah Terbuka 1953 bagi menangani langkah promosi dan aktiviti perjudian secara dalam talian yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

“Kerajaan sangat menggalakkan kerjasama dari semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan aktiviti perjudian haram terus kepada agensi penguatkuasa yang berkenaan untuk diambil tindakan sewajarnya,” ujar kementerian itu.

Katanya, kerjasama dari setiap lapisan masyarakat untuk membanteras aktiviti perjudian haram diharap dapat membendung kegiatan perjudian haram secara lebih berkesan. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -