Patin: KPKM laksana perancangan jangka pendek

Salamiah Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melaksanakan perancangan jangka masa pendek kepada permasalahan penternak ikan patin sangkar di Temerloh.

- Advertisement -

Menurut KPKM, ianya menerusi pemberian benih ikan secara percuma dan one off sebanyak 5,000 ekor kepada penternak yang berkelayakan di sekitar Pahang termasuk di daerah Temerloh oleh Pusat Pengembangan Akuakultur di bawah Program Pembangunan Induk dan Pengeluaran Benih Kebangsaan.

Di samping itu, memberikan bantuan khidmat nasihat teknikal dan kepakaran bagi pengeluaran benih ikan kepada pengusaha melalui program inkubator di Pusat Pengembangan Akuakultur.

KPKM menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam soalannya, Salamiah meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan perancangan jangka masa pendek kepada permasalahan penternak ikan patin sangkar Sungai Pahang terutama di kawasan Temerloh untuk perkembangan perusahaan ikan patin.

Selain itu, ujar KPKM memperkasakan aktiviti pembenihan ikan melalui pengenalan inovasi asuhan ikan dalam tangki atau sangkar terapung yang turut melibatkan penternak sangkar di Temerloh untuk mengeluarkan benih menggunakan tangki atau sangkar terapung di sungai yang bersesuaian  dan menggalakkan penggunaan teknologi 4IR bagi mengurangkan kos operasi aktiviti akuakultur. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -