45,000 ahli baharu PAS akan dihimpun di stadium

Wan Roslan (tengah) dalam program Gotong Royong Perdana Kawasan Bebas Cukai dan Kompleks ICQS Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. (FOTO: RIZAL TAHIR)
- Advertisement -

TUMPAT: Seramai 45,000 ahli baharu yang menyertai PAS akan dihimpunkan pada 24 Jun ini di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V sempena program khas.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata ahli baharu tersebut adalah dalam kalangan yang menyertai PAS selepas Pilihan Raya Umum (PRU-15).

- Advertisement -

Menurutnya  yang juga merangkap anggota Exco kerajaan negeri, seramai 1,000 ahli baharu PAS mewakili 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan hadir pada majlis yang cukup bersejarah itu.

“Perkembangan yang berlaku itu hasil usaha PAS menganjur Kempen PAS Pilihanku bagi menggalakkan lagi penyertaan orang ramai bersama PAS.

“Perkembangan yang berlaku itu menggambarkan sambutan orang ramai terhadap PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) begitu luar biasa khususnya selepas PRU-15,”  ujarnya selepas merasmikan program Gotong Royong Perdana Kawasan Bebas Cukai dan Kompleks ICQS Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.

Lebih 300 peserta menjayakan program yang dianjurkan bersama Majlis Daerah Tumpat dan Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat.

“Salah seorang Menteri Besar dari negeri Perikatan Nasional akan menjadi tetamu istimewa pada majlis itu nanti,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -