Tinggalkan payung Umno

- Advertisement -

“RAKYAT sudah nampak bahawa Umno bukan lagi payung untuk melindungi perjuangan orang Melayu, sebaliknya sekarang menumpang payung (parti lain) pula”, demikian menurut bekas Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar.

Tan Sri bukan pemimpin Umno yang naik segera atau baru setahun jagung berjuang, beliau pernah menjadi tonggak kepimpinan Umno Selangor ikhlas berkorban buat Umno khasnya di Selangor sebelum ini.

Tatkala yang lain tewas dan kecundang walau memberi pelbagai janji dan ramalan Tan Sri kukuh dan menang di Parlimen Tg Karang  pada PRU14.

Tatkala Umno Selangor berpecah angkara kerenah politik ‘war lord‘nya di pelbagai bahagian, Tan Sri bangkit menyatukan Umno Selangor sehingga kembali kukuh bila bergerak bawah panji-panji MN bersama PAS.

Tetapi malangnya insan yang banyak pengaruh, berjasa dan berkorban sudah tiada nilai dalam Umno hari ini. 

Angkara DS Zahid, Tan Sri digugurkan sebagai calon dan dipecat dari Umno.

Umno Selangor hari ini dipaksa berpeluk dengan musuh tradisinya PH dan DAP di Selangor angkara Zahid. Ramai yang tidak dapat menelan dan terima keputusan ini.

Kalau yang keluar kenyataan ini tokoh yang ditolak rakyat, tak pernah menang, yang naik dengan tongkat orang lain mungkin ia boleh ditolak tepi dan diabaikan.

Tapi bila Tan Sri Noh yang berkata Umno bukan lagi payung orang Melayu, akurlah bahawa ia kenyataan seorang bekas tokoh pejuang Umno yang kenal Umno Selangor luar dan dalam.

Menurut Sinar Harian:

Noh berkata, rakyat tidak percaya dengan prinsip parti itu yang sebelum ini sering mengungkapkan perkataan ‘No Anwar, No DAP’ sebaliknya menjalin kerjasama membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Rakyat berasa mereka ditipu, lain cakap lain yang dibuat. Ini bukan saya cakap, ini apa yang anak muda beritahu mereka tidak mahu BN, sebaliknya sokong PN (PERIKATAN NASIONAL)”, katanya.

Justeru orang-orang Melayu khasnya para penyokong Umno di Selangor perlu ikut langkah Tan Sri. Jika Umno bukan lagi payung, kita cari dan berteduh bawah payung lain yang lebih meyakinkan, jujur dan bersungguh mahu berjuang serta mempertahankan hak dan kepentingan umat Melayu.

Tinggalkan.payung itu, ayuh PRN Selangor ini kita pakat berteduh bawah teduhan payung baru PN. Patah tumbuh hilang berganti.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 17/4/2023

- Advertisement -
- Advertisement -