Rakyat tentang mansuh hukuman mati mandatori

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat Malaysia menentang dan tidak bersetuju dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah).

“Saya lihat ketika undian dalam talian oleh Berita Harian, NST dan Harian Metro pada 2018 yang menyatakan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang dan tidak bersetuju untuk menghapuskan hukuman mandatori.

- Advertisement -

“Hasil undian, 82 peratus dalam undian tersebut menentang dan hanya 18 peratus bersetuju.

“Tidakkah apa yang dilakukan pada hari ini adalah tidak selari dengan apa yang telah pun dihasrat oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mas Ermieyati juga mahu kerajaan menyatakan status laporan dan syor jawatankuasa khas kajian hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

“Adakah kerajaan berhasrat untuk membentangkan laporan dan juga syor jawatankuasa khas itu kepada pihak awam?” katanya. – HARAKAHDAILY 3/4/2023

- Advertisement -