Janji air: Umno terperosok dalam kubang lumpur

- Advertisement -

SEMALAM Zahid kata jika Umno tadbir Kelantan, masalah air akan selesai. Maka, berikan undi kepada Umno dalam PRN nanti. 

Inilah juga modal kempen Umno Kelantan semasa PRU15 yang lalu. Jika sokong Umno masalah air Kelantan boleh selesai dan mungkin boleh air percuma. 

Akhirnya keputusan PRU15 mengakibatkan BN kehilangan semua kerusi. 

Malah tidak memperoleh sebarang kerusi Parlimen di Kelantan. 14-0.

Persoalannya apakah rakyat Kelantan tidak mahu masalah air diselesaikan? Sehingga menolak BN jatuh terperosok sedemikian rupa. 

Rakyat Kelantan mahu masalah air diselesaikan, namun rakyat Kelantan juga melihat Umno bukanlah pilihan yang tepat untuk menyelesaikan masalah ini. 

Memilih PAS lebih baik daripada Umno untuk selesaikan isu air. Walaupun Kerajaan Negeri di bawah PAS banyak kekangan namun ada progressnya dengan kadar yang ada.  

Jadi, apabila Zahid mengemukakan janji yang sama sebagaimana janji PRU15 lalu, apakah Zahid mahu Umno Kelantan kalah dalam PRN nanti dengan tidak memenangi sebarang kerusi sebagaimana dalam PRU15? Jika tidak kenapa diulang modal yang sama?  

Ini menggambarkan bahawa Zahid sudah tiada idea, hingga mengulangi idea lama yang tidak terjual. Ibaratnya Zahid sedang menjual produk basi untuk rakyat Kelantan. 

Tergamaknya kamu. Adalah satu kerugian bagi ahli Umno bila tiada pertandingan jawatan Presiden. Kini anda terus diteraju oleh Presiden Umno yang sudah tiada idea baharu. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -