Kekang LGBT dengan lebih tegas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu lebih tegas menangani isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang dibimbangi menjadi barah sosial yang bukan sahaja bercanggah, bahkan merosakkan budaya negara ini.

Dato’ Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berkata, kegiatan LGBT perlu dikekang sebelum menjadi lebih teruk yang boleh melunturlan budaya ketimuran dan membawa kemurkaan selain membawa perpecahan dalam perpaduan negara.

- Advertisement -

“Apabila sebut pasal LGBT, saya yakin manusia yang normal, dia tidak akan menyokong kelakuan LGBT. Jika ada yang mengatakan perkara ini adalah hak asasi manusia, ini bukan manusia. Perbuatan songsang ini melepasi batas kehaiwanan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta isu berkenaan LGBT ini diteliti dan kerajaan perlu mengambil satu naratif yang lebih holistik untuk mengekang dan menyelesaikan masalah LGBT kerana ia boleh menjejaskan indeks perpaduan. – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -