TASTI Sabah suntik elemen TOT

- Advertisement -

SANDAKAN: Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI) Sabah melakukan suntikan Training of Trainers (ToT) dalam usaha melahirkan barisan pengusaha, pembantu dan pendidik yang berkeyakinan tinggi.

Pengarahnya, Salmiah Sappe berkata, program tersebut adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan dan kemahiran dalam perkembangan pendidikan terkini bagi mencapai matlamat penubuhan pendidikan pusat pembelajaran itu.

- Advertisement -

“Kursus ini penting bagi memberi pengetahuan (secara teoritikal) dan juga secara praktikal mengenai modul yang digunapakai oleh TASTI,” ulas beliau mengenai penganjuran kursus TOT selama tiga hari dua malam di The Square Event Space, Sandakan yang berakhir semalam itu.

Program yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu itu menyuntik  pelbagai pengisian antaranya mendidik dalam bahasa Cina, praktikal pertolongan cemas, latihan dalam kumpulan dan banyak lagi.

“Saya harap dengan adanya program ini, semua Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) dapat cakna tentang hal-hal pengurusan dan kemahiran mengenai TASTI,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -