Sekolah Rendah Islam Al Furqan rai guru Cina

Azmal Zaid menyerahkan hadiah dalam majlis meraikan Cikgu Soon Xio Fang, yang hadir di samping anaknya, Rayyan Asraff.
- Advertisement -

ARAU: Sekolah Rendah Islam Al Furqan (SRIAF) mencipta sejarahnya tersendiri apabila meraikan Sambutan Tahun Baru Cina pada hari ini, di sini.

- Advertisement -

Sambutan julung-julung kali itu diadakan itu bagi merailkan seorang guru Cina di sekolah berkenaan, Soon Xio Fang Abdullah, 34, dan anaknya yang berusia 7 tahun, Rayyan Asraff Muhammad Adi Asraff.

Cikgu Soon Xio Fang berasal dari Banting Selangor mula mengajar di SRIAF sejak pada tahun lepas lagi.

Dia sebelum itu bertugas sebagai seorang guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chuang Hua Miri, Sarawak.

“Saya rasa gembira dan teruja dengan sambutan yang diadakan oleh pihak sekolah. Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru dan pentadbiran serta anak-anak murid yang meraikan kami hari ini,” katanya.

Menurut Guru Besar, Azmal Zaid Ahmad Azmi berkata, Islam adalah agama sejagat yang mengasihi dan menghomati sesama insan sungguhpun berbeza bangsa.

“Hari ini, anak-anak pelajar SRIAF diajar sebagaimana akhlak Nabi Muhammad SAW yang mengasihi dan menghormati sesama manusia walaupun berbeza agama dan bangsa.

“Ini kerana ia merupakan elemen penting dalam membina kesatuan dan kerjasama dalam usaha membina keamanan dalam negara,” katanya.

Cikgu Soon mendirikan mahligai bahagia dengan suaminya, Muhammad Adi Asraff Mohd Sabhi dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Rayyan Asraff, dan Rayhan Asraff, 5.  – HARAKAHDAILY 19/1/2023

- Advertisement -