DHPP perkasa semula kempen ‘PAS for all’

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) akan berusaha untuk mengaktifkan kembali kempen ‘PAS for all’ di seluruh negara.

- Advertisement -

Setiausaha DHPP Pusat, R Haretaran berkata, slogan tersebut perlu diperkasakan semula dan ditambah baik selain digerakkan bersama Malaysia Sejahtera di bawah jenama PERIKATAN NASIONAL (PN).

“PAS for all perlu diperkasakan semula kerana slogan itu mempunyai
tarikan tersendiri dan ia memberi gambaran bahawa PAS merupakan parti yang juga mengutamakan perpaduan kaum,” katanya di sini.

Menurutnya beliau dilantik sebagai Setiausaha DHPP Pusat pada 18 Disember lalu, yang dianggap sebagai satu amanah perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Katanya, pelantikan itu dibuat selepas mendapat pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak termasuk Pengerusi DHPP PAS Pusat, Senator
N Balasubramaniam.

“Saya buat sedikit perancangan sejurus pertemuan di Terengganu baru-baru ini bagi golongan bukan Islam.

“Kita berbincang bagaimana untuk menarik semula sokongan masyarakat bukan Islam bagi menghadapi Pilihan Raya Umum peringkat negeri tidak lama lagi,” katanya di sini.

Haretaran yang juga pegawai di Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) berkata, dalam masa terdekat DHPP akan menggerakkan jelajah di enam negeri menjelang pilihan raya negeri. – HARAKAHDAILY 19/1/2023