Penumpang kapal terbang cemas ‘powerbank’ telefon terbakar

Penerbangan Scoot TR993 yang baru hendak berlepas dari Lapangan Terbang di Taipei, Taiwan ke Singapura pada jam 7.31 malam 10 Jan 2023 terpaksa dibatalkan selepas bahagian kabin dipenuhi kepulan asap. (FOTO: Mothership. SG)
- Advertisement -

SINGAPURA: Dua penumpang cedera selepas sebuah ‘powerbank’ telefon bimbit dilaporkan dalam penerbangan Scoot dari Taipei menuju ke Singapura sejurus sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang Taipei di Taiwan.

- Advertisement -

Kenyataan syarikat perbangan tambang murah Singapura itu berkata, kejadian pada  malam Selasa (10 Jan) berlaku terhadap penerbangan Scoot TR993, yang beroperasi dari Taipei ke Singapura dan ketika mahu berlepas, powerbank telefon bimbit  salah seorang penumpang terbakar kerana terlalu panas ketika pesawat berkenaan masih berada di atas landasan, lapor CNA.

“Pesawat terbabit terpaksa kembali ke pintu masuk, sementara sementara pemilik powerbank dan rakannya mengalami kesan melecur kecil pada jari merekadan bantuan perubatan telah diberikan kepada kedua-dua mangsa.

“Kami menjadualkan semula penerbangan dan menyediakan penumpang yang terjejas dengan penginapan dan makanan,” ujar kenyataan itu lagi.

Menjelaskan lebih lanjut, penumpang dalam penerbangan Scoot TR993 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan ke Lapangan Terbang Changi Singapura terkejut melihat asap di dalam kabin kapal terbang terbabit, sejurus sebelum ia sepatutnya berlepas pada jam 7.31 malam.

Insiden itu dilaporkan oleh pelbagai media Taiwan pada malam yang sama, sementara gambar-gambar kepulan asap memenuhi kabin di lokasi kejadian dikongsi melalui Facebook salah seorang penumpang kapal terbang tersebut, ahli politik Taiwan, Wang Hao-yu.

Kira-kira jam  jam 8:43 malam, Hao-yu mengemas kini di Facebooknya bahawa penumpang  kapal terbang berkenaan selamat dan keadaan asap di dalam kabin sudah terkawal. – HARAKAHDAILY 11/1/2023

- Advertisement -