Tetap pertahan alkohol walaupun kes pemabuk meningkat?

- Advertisement -

RASA nak marah baca posting Facebook Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP yang seorang ini.

- Advertisement -

Di Selangor sendiri, pada tahun 2020 ada 67 kes kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk. 3 daripadanya melibatkan kematian. 

Ingat lagi kes seorang anggota polis maut dirempuh pemandu mabuk? Ya, itu di Selangor. Tahun 2020. Sekarang, mungkin lagi bertambah statistiknya. 

Begitu juga kes jenayah yang dilakukan oleh pesalah di bawah pengaruh alkohol. Baru tahun lepas, seorang pemabuk menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang. Tak jauh dari kawasan DUN yang diwakili oleh beliau juga di Klang. Itu satu kes. 

Banyak lagi kes jenayah sebegini, melibatkan penjenayah di bawah pengaruh alkohol. Itu cerita Selangor. 

YB Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Penang. Penang juga ada kes yang sama. Sebab itu, kita tak setuju bila arak dijual secara terbuka.

Sebab benda ini menggalakkan pemabuk-pemabuk ini minum arak di tempat terbuka, kemudian bila hilang kewarasan, mula buat sesuatu di luar kawalan. Bawa kereta, langgar sana sini. Buat jenayah, ragut rompak orang. 

Nak mabuk, pergilah mabuk dalam rumah. Mabuk dekat tempat awam buat apa? Takkan benda macam ini pun gagal faham? Dan apa kaitan sembahyang kami dengan cerita ini? 

Pemimpin DAP rasis dan celupar mulut seperti Teng Chang Khim inilah yang menyebabkan Melayu Islam jauh dengan PH.

NAZRUL NAZIR – HARAKAHDAILY 11/1/2023

- Advertisement -