Judi online di bawah tanggungjawab pihak lain

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah telah melaksanakan tanggungjawab di bawah bidang kuasa negeri menamatkan operasi premis perjudian di seluruh negeri itu pada 1 Januari lalu.

- Advertisement -

Bagaimanapun Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kewujudan aktiviti perjudian di atas talian (online) bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sebaliknya kata beliau perkara itu di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kegiatan judi online bukan bidang kuasa kerajaan negeri sebaliknya ada agensi dan jabatan kerajaan persekutuan yang dipertanggungjawabkan dengan dipantau SKMM,” katanya di sini.

Bermula pada 1 Januari lepas tiada lagi premis judi di Kedah selepas lesen premis yang tamat pada 2022 tidak lagi dibenar disambung.

Sanusi berkata, kerajaan negeri hanya menjalankan penguatkuasaan di bawah bidang kuasanya sahaja.

“Saya harap agensi dan jabatan berkaitan dapat mengambil tanggungjawab sewajarnya berkenaan aktiviti perjudian di atas talian,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/1/2023

- Advertisement -