Lebih 100 warga UMK tunai solat sunat Istisqa

Lebih 100 warga UMK tunai solat sunat Istisqa.
- Advertisement -

BACHOK: Lebih 100 warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menunaikan solat sunat Istisqa hari ini bagi memohon hujan memandang cuaca panas yang masih melanda Kelantan.

Solat sunat tersebut diimamkan Pengarah Pusat Islam UMK, Prof Madya Dr Mohd Zain Mubarak bermula jam 8 pagi.

- Advertisement -

Selepas itu diiikuti khutbah ringkas dan diakhiri dengan doa. Hadir sama Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razli Che Razak.

Ketua Rakan Masjid UMK, Muhammad Al Amin berkata, sunat Istisqa sebagai ikhtiar memohon hujan daripada Allah SWT berikutan keadaan cuaca panas masih berlarutan di Kelantan.

“Alhamdullilah majlis berjalan lancar dan moga kita bersama-sama memohon Allah menurunkan hujan yang bermanfaat kepada Kelantan khususnya di UMK,” katanya.

Sehingga sekarang hujan agak lebat turun di beberapa kawasan di Kelantan terutamanya di kawasan hulu.

Bagaimanapun hujan yang turun di Kota Bharu kelmarin hanya di sekitar Tunjong dan tidak menyeluruh ke kawasan lain.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di sembilan negeri sehingga jam 6 petang. – HARAKAHDAILY 6/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!