Banjir di Kelantan: 35 jalan raya ditutup, cerun runtuh

Keadaan banjir di Tambatan Diraja, Jalan Post Office Lama, di bandar Kota Bharu, Kelantan yang terletak bersebelahan Sungai Kelantan pada 19 Dis 2022. (FOTO: Facebook Info Banjir Negeri Kelantan)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang menurut Jabatan Metereologi berterusan melanda Kelantan ketika ini sehingga Rabu (21 Dis) telah menjejaskan banyak jalan-jalan raya di negeri tersebut.

- Advertisement -

Menurut Facebook Info Banjir Negeri Kelantan, jalan-jalan raya yang terlibat termasuklah laluan di Pekan Melor, Kota Bharu yang ditutup kepada kenderaan kecil susulan pekan tersebut digenangi air banjir yang melimpah di atas jalan raya.

Keadaan yang sama juga turut berlaku di Jalan Pasir Mas ke Tanah Merah (landmark : Petron) seksyen 24.5 dan Jalan Sultan Ismail Petra (landmark: hadapan stesen minyak Five) Seksyen 3.8, namun kedua-dua jalan raya tersebut sudah  dibuka kepada semua kenderaan.

Keadaan banjir di Kuala Pertang, Kuala Krai, Kelantan pada pagi 19 Dis 2022. (FOTO: Facebook YB Hilmi Abdullah)

Dalam pada itu, portal eBanjir Kelantan pula melaporkan bahawa sebanyak 35 jalan raya yang terjejas akibat banjir di Kelantan ditutup termasuk kepada kenderaan berat.

“Ia termasuk 21 jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan, manakala 14 lagi ditutup kepada kenderaan ringan melibatkan lima daerah iaitu Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat,” ujar kenyataan itu.

Pasir Mas merekodkan 11 jalan yang ditutup, diikuti 10 di Machang, tujuh jalan di Pasir Puteh, empat di Tanah Merah dan tiga di Tumpat.

Suasana di Jambatan Diraja, Jalan Post Office Lama, di bandar Kota Bharu yang terletak di pinggir Sungai Kelantan pula dilimpahi air banjir sehingga beberapa buah kenderaan dilihat tenggelam.

Air Sungai Kelantan di Tangga Bradley @ Jeti Krai sudah melebihi paras bahaya sejak jam 3.30 petang pada 19 Dis 2022. (FOTO: Facebook YB Hilmi Abdullah)

Selain itu, hujan lebat juga menyebabkan kejadian cerun runtuh termasuk di Jalan Bukit Pauh hingga ke Kuala Tiga (landmark: Kampung Kuala Tiga), Seksyen 5.2 dan Jalan Tanah Merah/kusial/Kampung Ipoh Batu 8 (landmark: Kampung Kulim) di Seksyen 6.3 – kedua-dua jalan hanya dibuka satu lorong kepada semua jenis.

Sementara menurut info daripada Facebook Yang Berhormat Hilmi Abdullah, sehingga jam 8 pagi hari ini, 19 Dis, paras Sungai Kelantan: di Tangga Bradley @ Jeti Krai sudah melepasi paras amaran mencecah 24.78 meter (berbanding paras normal: 17m; paras berjaga-jaga: 20m; paras amaran: 22.5m; paras bahaya: 25m.

Namun, kira-kira pada jam 3.30 petang hari ini, tinjauan di Tangga Bradley @ Jeti Kuala Krai mendapati air sudah melepasi paras bahaya 25m.

Sehingga tempoh yang sama, paras Sungai Kelantan di Sungai Lebir di Tualang pula mencecah 38.47m yang telah melebihi paras bahaya (berbanding paras berjaga-jaga: 30m; paras amaran: 22.5m: paras bahaya:35m).

Jalan raya di pekan Melor ditenggelami air, laluan ditutup kepada kenderaan kecil pada 19 Dis 2022 (FOTO: Facebook Info Banjir Negeri Kelantan)

Berikut ialah jalan-jalan di Kelantan yang terjejas sehingga jam 12.15 pagi hari ini, menurut Facebook Info Banjir Negeri Kelantan:

1. Jajahan Tanah Merah 

# Jalan Negeri#

Banjir

a) D194 Jalan Ke Loji Air Bukit Remeh (landmark: Loji Air Bukit Remeh di kilometer/km 0.3 – km 0.8 – Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

b) D190 Jalan Bukit Panau – Bendang Nyior (landmark: Kampung Bukit Kechik/Kg Murim, km 10.0 – km 16.9)- Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

c) D26 Jalan Tanah Merah/Kusial/Kg Ipoh Batu 8 (landmark: Kampung Kusial di km 2.3 – km 7.00, – Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

Cerun runtuh

a) D197 Jalan  Bukit Pauh – Kuala Tiga (landmark: Kampung Kuala Tig di Seksyen 5.2 – Jalan dibuka hanya satu lorong kepada semua jenis kenderaan).

b) D26 Jalan Tanah Merah/kusial/Kampung Ipoh Batu 8 (landmark: Kampung  Kulim di Seksyen 6.3 – Jalan hanya dibuka satu lorong kepada semua jenis kenderaan).

c) D195 Jalan Kampung Ipoh/Kampung Baru Ulu Kusial/Berdang (landmark: Berdang di Seksyen 5.30 – Jalan dibuka satu lorong kepada semua kenderaan).

# Jalan Persekutuan #

Banjir

a) FT 196 Jalan Panglima Bayu – Rantau Panjang (landmark: Nursery Kajang di seksyen 7.4 – Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

Air melimpah di atas jalan raya 

a)FT 129 Jalan Pasir Mas – Tanah Merah (landmark: Petro di seksyen 24.5 – Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan).

b)FT 259 Jalan Sultan Ismail Petra (landmark: hadapan stesen minyak Five di Seksyen 3.8 – Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan).

Nota: Bilik gerakan banjir JKR TM telah dibuka jam 8 pagi – 12 tengah malam

Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Pasir Mas digenangi air banjir pada 19 Dis 2022. (FOTO: Info Banjir Negeri Kelantan).

2. Jajahan Pasir Mas 

# Jalan Negeri#

a) D185 Jalan Pengkalan Rakit – Batu Karang (landmark: Masjid Padang Licin, di km 4.3, Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

b) Jalan SK Gual Tok Deh (landmark: Padang Bola di km 0.05-0.50 –  Jalan ditutup kepada semua kenderaan).

c) D181 Jalan Bakat – Kubang Kuau (landmark: Klinik Kubang Kuau di km 7.5- 8.3 –  Jalan ditutup kepada kenderaan ringan).

d) Jalan Sekolah Cina (landmark: SJK Cina di km 0-0.40 – Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

e) Jalan Bunga Raya (landmark: SJK Cina di km 0-0.63 –  Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

f) Jalan Banggol Kulim (landmark: Kastam Gate 2 di km 0-1.10 –  Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

g) D181 Jalan Lubok Kiat – Kubang Kuau (landmark : Tapak Projek Jalan Kemahang – Lubok Kiat, KM6-6.9 –  Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

h) D23 Jalan Lubok Jong – Bulatan Pohon Tanjong (landmark: Pejabat Kemas Repek di km 2 – 5 – Jalan ditutup kepada kenderaan ringan).

# Jalan Persekutuan #

a) FT197 Jalan Tok Deh – Gual Periok (landmark: Kampungt Tok Deh di Seksyen 0.6-1.1 – Jalan ditutup kepada kenderaan ringan).

b) FT196 Jalan Panglima Batu – Rantau Panjang – Jeram Perdah (landmark : Kampung Tersang di Seksyen 32.3 – 33 – Jalan ditutup kepada kenderaan ringan).

c) FT003 Jalan Kota Bharu – Pasir Mas – Rantau Panjang (landmark: Culvert 5 di Seksyen 740.5 – 740.8 – Jalan ditutup kepada kenderaan ringan).

Peta gema radar cuaca pada jam 7:00pagi menunjukkan hampir keseluruhan negeri di Kelantan menerima taburan hujan yang agak tinggi.

3. Jajahan Machang

# Jalan persekutuan #

Jalan Mendap

1) FT008 Seksyen 356, Jalan By Pass Machang (landmark: PPR Machang – Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

Banjir – tiada         

# Jalan negeri #

1)  D217, KM 1.0, Jalan Pangkal Meleret Limau Hantu (landmark: Kampung Buchit – Ditutup kepada kenderaan ringan.

2) D210, Jalan Kemuning – Sg. Merkam – Ditutup kpd kenderaan ringan.

3) D16, Jalan Batu 30/Temangan.

a- D16 (Pertok – K. Kerak) – Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

b- D16, KM1.50 Kedai Runcit KITA – Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

4) D17, Jalan Wakaf Bata /Kampung Cina (Kampung Padang Kelupang) – Ditutup kepada semua kenderaan.

5) D215, Jalan Kampung Pek/Paloh Rawa (Kampung Buncit) KM1.0 – Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

6) D372, Jalan Paloh Rawa/Temangan (Belukar Panjang) Tapak Projek Solar – Ditutup kepada kenderaan ringan.

7) D214, Jalan Labok – Banggol Judah – Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

8) D212, Jalan Sungai Mati (KM 4) Kerawang (Pangkal Perahu) – Ditutup kepada kenderaan ringan.

9) D15, Jalan Pulai Chondong -Kemubu – Ditutup kepada kenderaan ringan.

4. Jajahan Kuala Krai 

# Jalan Negeri#

a) D220 Jalan Sg. Durian/Chenulang (landmark: Kg Sepuluh di km 5.1-5.2) – Jalan ditutup kepada kenderaan ringan).

Jalan menuju ke Pusat Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Kelantan mengalami kerosakan pada 19 Dis 2022. (FOTO: Facebook Info Banjir Negeri Kelantan)

5. Jajahan Pasir Puteh 

# Jalan Negeri #

a) Jalan Gaal-Kampung Bukit, D160 di km 04 (kedalaman : 0.38m – Ditutup kepada semua kenderaan ringan; landmark: Kampung Batu Hitam).

b) Jalan Pasir Puteh – Gong Kelih, D20 di km 2 -10, (landmark: Kampung Surau ke Kampung Cengal Pulas; kedalaman: 0.35m – Ditutup kepada semua kenderaan ringan).

c) Jalan Pasir Puteh – Semerak, D7, KM 01 (landmark: Kampung Gong Chapa; kedalaman: 1m – ditutup kepada semua jenis kenderaan).

# Jalan Persekutuan #

a) Jalan FT03 di Seksyen 664.0 (landmark: PMU Gaal); kedalaman: 0.75m – Jalan ditutup kepada semua kenderaan; panjang kawasan terlibat: 500m).

b) FT00 di Seksyen 676.0 (landmark: Banggol 3 daerah; kedalaman : 0.90m – Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan).

Seluruh Pekan Rantau Panjang, Pasir Mas digenangi air banjir sehingga 0.5 meter pada 19 Dis 2022. (FOTO: Facebook Rantau Panjang Post)

6. Jajahan Tumpat 

# Jalan Negeri #

a) D23 Jalan Cabang Empat – Kampung Jambu Meranti di km 0.25 – 0.35 (Jalan ditutup kepada kenderaan ringan, 0.4 meter).

b) D177 Jalan Pasir Pekan Hilir – Pohon Tanjong di km 1.2 – 1.25 (landmark: Jalan Pasir Pekan hilir – Jalan ditutup kepada kenderaan ringan, 0.35 meter).

# Air melimpah jalan #

a) D21 Jalan Cabang Tiga Berangan – Tumpat di km 2.30 – 2.35 (landmark: Tangki Air Sedar)- Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan).

b) D21 Jalan Cabang Tiga Berangan – Tumpat di km 1.20-1.23 (landmark: JKR Tumpat – Jalan dibuka kepada semua kenderaan).

c) Jalan Cabang Tiga Morak – Kebakat di km1.85-1.90 (Landmark: Farraf Cafe – Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan).

d) D21 Jalan Wakaf Bharu – Palekbang di km 1.20 (landmark: Kada Paloh – Jalan di buka kepada semua jenis kenderaan).

e) D21 Jalan Cabang Tiga Berangan – Tumpat di km 4.80-5.20 (landmark: Bandar Tumpat – Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan).

f) Jalan Dato’ Keramat KM0.10-0.30 (landmark: Bandar Tumpat – Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan).

# Jalan persekutuan #

a) FT134 Jalan Kota Bharu – Pengkalan Kubor Seksyen 6.25 (landmark: Kampung Bunohan – Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan).

b) FT134 Jalan Kota Bharu – Pengkalan Kubor Seksyen 11.00 (landmark: Kampung Telok – Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan).

c) FT134 Jalan Kota Bharu – Pengkalan Kubor Seksyen 18.5 (landmark: Balai Polis Wakaf Bharu – Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan).

d) FT134 Jalan Kota Bharu – Pengkalan Kubor Seksyen 21 (landmark: Kota Kubang Labu – Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan)

7. Jajahan Kota Bharu 

# Jalan persekutuan #

a) FT008 Jalan Kota Bharu – Kuala Krai di Seksyen 371.30 (landmark: McDonald Kok Lanas – Jalan ditutup kepada semua kenderaan ringan).

8. Jajahan Bachok

# Jalan negeri #

#Air melimpah jalan #a) D5 Jalan Perupok/Pengkalan Petah (dari Simpang 3 Perupok ke Simpang 3 Tawang) (landmark: Kedai Makan Mok Yoh & Pok Kob – Jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan). – HARAKAHDAILY 19/12/2022.

- Advertisement -