Istilah Kerajaan Perpaduan ‘ditunggang’ untuk menipu

- Advertisement -

KERAJAAN sekarang bukan lah Kerajaan Perpaduan (Unity Government) tetapi lebih kepada Kerajaan Campuran atau Kerajaan Grand Coalation yang terdiri dari beberapa blok parti politik. 

- Advertisement -

Kerajaan Perpaduan bermaksud semua parti politik berada di dalam kerajaan dan tiada pembangkang. Realiti sekarang, PERIKATAN NASIONAL (PN) adalah pembangkang. Jadi, syarat untuk dipanggil KERAJAAN PERPADUAN adalah terbatal. Inilah hakikat pahit yang perlu ditelan.

Saya perasan sesetengah pihak sengaja ‘ride’ perkataan Kerajaan Perpaduan untuk meraih politik populis kononnya kerajaan sekarang adalah kerajaan yang sangat bagus, memupuk perpaduan dan menggambarkan kerajaan yang terdiri dari pelbagai latar belakang etnik dan kaum serta menolak ketidak sefahaman sebelum ini dan membina kerajaan baharu. Ini tak lain hanya gimik sahaja. 

Kalau Pakatan Harapan (PH) menang simple majority, adakah mereka akan ajak Barisan Nasional (BN) untuk bergabung juga?

Sesetengah rakyat juga mungkin ada yang tertipu dengan slogan itu sebab kebanyakan media menggunakan perkataan titah Agong dan lain-lain bagi menyifatkan Agong bertitah untuk mewujudkan kerajaan tanpa pembangkang. Akhirnya ramai tertipu. Sedangkan, Agong hanya mencadangkan sahaja dan pilihan telah diberi. Boleh terima atau tidak. 

Kesimpulan, Kerajaan Perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tiada pembangkang. Tetapi, PN telah memilih untuk menjadi pembangkang sekali gus menghilangkan status Kerajaan Perpaduan. 

Berhentilah tunggang perkataan ‘Kerajaan Perpaduan’ dan berpolitiklah secara matang dan profesional. 

DR ROSNI ADAM – HARAKAHDAILY 4/12/2022

- Advertisement -