ADR bebas beri sokongan, tidak ‘dicuri’

Menjawab tuduhan di sekitar kemelut pelantikan PM10

- Advertisement -

SEMALAM laman Facebook Najib Razak ada petik nama saya berhubung isu akuan bersumpah daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang diberikan menyokong YB Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. 

- Advertisement -

Admin Najib Razak ni faham ke tidak berkenaan pindaan perlembagaan mengenai larangan bertukar parti ni? 

Sokongan kepada Perdana Menteri adalah ‘hak individu’ bukan ikut blok parti.

Dalam Perlembagaan pun disebut, sokongan majoriti kepada Perdana Menteri adalah dari kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat (ADR), langsung tak sebut ia perlu mengikut parti yang diwakili oleh Ahli Dewan Rakyat tersebut. 

Adakah Najib dan penyokong Zahid Hamidi lupa yang meminta Akuan Bersumpah setiap Ahli Parlimen adalah Istana Negara sendiri melalui surat Yang Dipertua Dewan Rakyat keluarkan. 

Mantan Menteri Undang-undang, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga sudah nyatakan perkara ini dengan jelas. Beliau berpendapat yang sama (rujuk: https://www.astroawani.com/berita-politik/ahli-parlimen-bebas-buat-keputusan-tanpa-kongkongan-parti-wan-junaidi-393349)

Jadi tidak timbul soal curi Ahli Dewan Rakyat dan sebagainya. Mereka yang memberi sokongan kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah secara sukarela bukan secara paksa. 

Tak tahulah kalau Najib faham beza antara perkataan ‘sukarela’ dan ‘memaksa’. Akta Anti Pindah parti tidak menjadikan seorang Ahli Parlimen seperti robot atau ‘rubber stamp‘ untuk parti politik. 

DYMM YDP Agong pun tak persoalkan langsung mengenai surat sokongan tersebut. Jadi kenapa Najib nak persoalkan?

Oh ya, Najib tak nak ulas mengenai penipuan Presiden Umno, Zahid Hamidi terhadap YDP Agong?

Kononnya kata Zahid ada 30 Ahli Parlimen BN telah menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, walhal kesemua Ahli Parlimen BN tersebut langsung tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

Sudahlah bohong rakan-rakan dalam parti, YDP Agong pun dia bohong! Derhaka sungguh. 

Tak apa, kami faham, Najib dalam penjara, susahlah dia nak dapat semua maklumat terkini. Tapi itu bukan bermakna kamu ada lesen nak menipu ahli Umno dan rakyat Malaysia sewenang-wenangnya macam kamu menipu pasal 1MDB sampai jatuh bersalah dan dihukum penjara!

WAN AHMAD FAYHSAL – HARAKAHDAILY 27/11/2022

- Advertisement -