Mangsa banjir teruja dapat keluar mengundi

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Seorang pengundi yang memegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami kesukaran untuk bergerak, tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

- Advertisement -

Siti Nur Hidayah, 24, yang mengalami penyakit ‘diffuse system celories’ gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab biar pun dalam keadaan dirinya tidak sempurna seperti orang lain.

Berkat kegigihan dan semangat Hidayah berkata, beliau gagahkan dirinya berjalan menuju masuk ke dewan menggundi tanpa menggunakan kerusi roda dengan ditemani adiknya Siti Nur Zulaikha.

“Alhamdulillah, kali ini merupakan kali pertama saya berpeluang keluar mengundi dengan dibantu adik.

“Semua proses berjalan dengan lancar biarpun terpaksa beratur seperti pengundi lain,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang (SKSK) di sini hari ini.

Manakala Siti Nur Zulaikha, 21, yang kali pertama mengundi turut gembira dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Katanya, beliau dan keluarga tetap keluar mengundi biar pun keadaan rumahnya di Kampung Serungga Repek belum sempurna akibat digenangi banjir baru-baru ini.

“Syukur banjir di kawasan rumah kami telah surut sebelum hari menggundi dan keadaan ini membolehkan penduduk kampung dapat keluar menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Beliau juga berharap pengundi kali pertama merebut peluang keluar mengundi bagi melunaskan tanggungjawab kepada negara. – HARAKAHDAILY 19/11/2022

- Advertisement -