Pengundi di Pasir Puteh pamer sikap matang

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Proses pengundian di Pasir Puteh setakat ini berjalan lancar dan tenang tanpa sebarang provokasi memandangkan kedudukan bangsal panas parti yang bertanding agak jauh dari tempat membuang undi.

- Advertisement -

Calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Pasir Puteh Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh berkata, semua proses berjalan lancar di mana pengundi memberi kerjasama penuh kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya dan anggota keselamatan.

“Pengundi menunjukkan sikap matang dan tenang tanpa adanya sebarang provokasi.

“Saya berharap suasana ini kekal di sepanjang tempoh pengundian sehingga jam 6 petang, insyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja jam 8.40 pagi tadi.

Beliau datang bersama isterinya Datin Zuraini Che Hamid dan anak Nik Akilah.

Dr Nik Zawawi turut berharap semua pengundi menggunakan peluang memilih pemimpin yang berintegriti, bersih dan boleh membawa kestabilan kepada negara.

Beliau juga beramah mesra dengan pengundi yang bertali arus memasuki pusat pengundian tersebut. – HARAKAHDAILY 19/11/2022

- Advertisement -