Pakistan pamer tiga jet pejuang JF-17 baharu

Model jet pejuang JF-17 yang dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Corporation China dan Kompleks Aeronautik Pakistan. (FOTO: (Getty Images)
- Advertisement -

MANAMA, Bahrain: Pakistan menampilkan tiga jet pejuang JF-17 miliknya untuk dipamerkan di Pertunjukan Udara Antarabangsa Bahrain pada Khamis di pangkalan udara Sakhir berhampiran ibu kota Bahrain, di sini.

- Advertisement -

Jet pejuang berkenaan  mengambil bahagian dalam pertunjukan di udara  yang berlangsung dari  9 hingga 11 November, yang  mana syarikat dari beberapa negara termasuk Israel  turut mengambil bahagian.

“Jet Blok II keluaran Chengdu/Pakistan Aeronautical Complex tiba pada 6 November selepas penerbangan tanpa henti dari pangkalan udara Masroor. 

“Ia disokong oleh sebuah kapal tangki Ilyushin Il-78, tetapi tidak perlu menjalani pengisian bahan api dalam penerbangan untuk melengkapkan penempatan ,” apor laman web penerbangan Flight Global.

JF-17  yang secara rasmi dikenali sebagai CAC/PAC JF-17 Thunder, atau FC-1 Xiaolong merupakan  pesawat tempur ringan dengan  enjin tunggal, dan mempunyai pelbagai fungsi itu dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Corporation China dan Kompleks Aeronautik Pakistan.

Laporan mengatakan bahawa walaupun China masih belum membeli jet itu, ia juga mempromosikannya pada acara berkenaan bersama Pakistan.  Kedua-dua Pakistan dan China adalah kuasa nuklear dan saingan serantau India.

Pelaburan baharu tentera udara Pakistan itu dibuat beberapa minggu selepas negara Asia Selatan itu dilanda banjir terburuk dalam beberapa dekad yang mengorbankan lebih 1,700 orang dan menyebabkan hampir satu pertiga daripada negara itu digenangi bawah air banjir.

Pakistan juga menghadapi kesukaran ekonomi yang teruk yang menyebabkan kerajaan mendapatkan bantuan kewangan daripada negara sekutunya seperti Arab Saudi. – HARAKAHDAILY 11/11/22

- Advertisement -