Angkat wakil yang bersih dan berintegriti

- Advertisement -

19 NOVEMBER 2022 adalah satu tarikh penting untuk kita bertindak sebagai rakyat yang cintakan negara dengan mengangkat wakil yang bersih dan berintegriti. Kedua-dua ini mampu membentuk suasana yang cukup stabil dari semua aspek. 

- Advertisement -

Mengikut laporan, saban tahun negara kita rugi dengan ketirisan wang negara disebabkan rasuah hampir lebih RM60 bilion. Bayangkan wang negara sejumlah itu mengalir dengan tidak mengikut tatacara yang baik sehingga ia tidak sampai kepada kepentingan negara dan rakyat. 

Namun dengan kita menampilkan kepimpinan yang terbukti bersih dan berintegriti mampu untuk mengembalikan wang negara yang hilang disebabkan budaya rasuah dan kleptokrasi. 

Saya cukup yakin, gabungan dan kesepakatan dalam PN terbukti mampu menstabilkan politik negara dan mampu menghalang agenda DAP secara terancang dalam PH. Lihat sahaja bagaimana peranan gabungan PN (PAS, BERSATU, Gerakan) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob tiada sebarang keputusan yang boleh menjatuhkan seorang Perdana Menteri walaupun suasana politik tidak tenang. 

Namun pimpinan terus mengambil tanggungjawab untuk menstabilkan politik demi rakyat dan matlamat menghalang DAP dan PH menerajui tampuk kepimpinan negara. Ini terbukti bukan satu fantasi. 

Melihat jumlah calon PERIKATAN NASIONAL yang diangkat dan ditawarkan dalam PRU15 kali ini, ia menunjukkan keseriusan dan komitmen yang tinggi untuk melihat masa depan negara dibina dengan penuh integriti, bersih dari budaya rasuah serta mampu membawa negara ke arah kestabilan politik yang mampan. 

Kami Pemuda PERIKATAN NASIONAL akan terus membawa agenda yang prihatin kepada rakyat, bersih dari budaya rasuah, dan mengekalkan rekod kestabilan dalam gabungan politik negara. 

HANAFI ZULKAPLI
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 3/11/2022

- Advertisement -